MPF: 'Dinosaur celupar' dalam Pakatan - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Wednesday, April 23, 2008

MPF: 'Dinosaur celupar' dalam Pakatan

Malang jika seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat begitu mudah terpengaruh dengan laporan akhbar arus perdana sehingga melatah menggesa PAS menggugurkan agenda negara Islam, kata Forum Profesional Muslim (MPF).

"Pemimpin de facto Pakatan Rakyat dan majlis perundingan Pakatan mesti mengekang dinosaur yang sering pula 'celupar' dan pendek akal sehingga gagal membezakan fakta dan cereka," kata pengerusi badan itu Dr. Mazeni Alwi.

Beliau mengulas gesaan pengerusi DAP Karpal Singh semalam agar PAS menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi parti itu untuk meneruskan agendanya tersebut dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan, PKR dan DAP.

"Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

"Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr. Mazeni berkata sesiapa yang mengikuti perkembangan politik Malaysia kini mengenali Dr Dzulkifly sebagai seorang tokoh PAS yang menjunjung politik Islam yang serasi dengan prinsip-prinsip asas demokrasi, tadbir urus yang baik dan menghormati kebebasan asas.

Karpal mengulas laporan kenyataan pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu sewaktu mendiskusikan buku Dr Abdelwahab Al-Affendi, Who Needs an Islamic State hujung minggu lalu anjuran MPF.

Dalam diskusi itu, tambah Dr Mazeni lagi, Dr Dzulkifly berkata "kalaulah saya pengarang buku ini."

Karya penulis Sudan itu membahaskan konsep politik Islam yang berbeza daripada negara teokratik yang ditakuti Karpal, kata Dr Mazeni, kepada politik Islam yang menghargai nilai-nilai yang sejajar dengan demokrasi.

"Beliau (Dr Dzulkifly) sebenarnya memainkan peranan penting mencipta semula (imej) PAS dan menyediakan manifesto (negara kebajikan) dalam pilihanraya umum ke-12 yang jelas sekali mendukung semangat politik seumpama itu," tambahnya.