Pages

Sunday, April 27, 2008

Ulasan Peristiwa : Mencari justifikasi kenapa enam menteri dipecat?

KETIKA menyusun Kabinet keduanya selepas pilihan raya baru-baru ini Abdullah Ahmad Badawi telah mengugurkan enam orang menteri Melayu dari Umno. Mereka ialah Jamaluddin Jarjis, (Menteri Sumber Sains Teknologi dan Inovasi), Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Azmi Khalid (Menteri Sumber Asli Alam Sekitar), Tengku Adnan Mansor (Pelancungan) Rafidah Aziz (Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri) dan Abdullah Mohd Zain (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri).

Pengguuran itu tidak mengejutkan walaupun menimbulkan sedikit harubiru di kalaagan mereka yang terlibat. Para penyokognnya merasakan tidak wajar kalau boss mereka digugurkan begitu saja tanpa diberikan jawatan yang setaraf dengannya untuk menjamin periuk nasi mereka.

Mereka persoalkan kalau Shahrizat Abdul Jalil yang kalah dan tidak dilantik semula memegang jawatan Menteri Pembanguann dan Hal Ehwal Wnaita, tetapi diberikan jawatan bertaraf menteri sebagai penasihat Wanita kepda Perdana Menteri. Pemerhati mempersoalkan kenapa tidak dengan yang lain? Apakah istimewanya Sharizat itu?

Mohd Radzi adalah Setiasaha Agung Umno. Beliau dilihat penting dalam konteks Umno dan kedudukan bangsa Melayu kerana sebagai Setiausaha Agung Umno. Kedudukan itu adalah penting kerana ia terlibat menyusun, memperkemas dan menjadi nada kepada parti.

Sebab itu Sanusi Junid amat terasa sedih dan pilu apabila Umno diharamkan ketika beliau menjadi Setiasuaha Agung. Walaupun beliau tidak terlibat, namun beliau mengambil taanggungjawab untuk merasa malu dengan tragedi yang berlaku.

Siapa juga yang bertanggungjawab mencotengkan arang ke muka Umno Sanusi harus dipertanggungjawabkan sebab beliau adalah Setiasuaha Agung ketika tragedi itu berlaku.


Tentang pengguguran Abdullah Mohd Zain, tidak menghairankan. Kerana menteri agama ini tidak menunjukkan performence yang cemerlang dan gemilang seperti mana diharapkan. Beliau bukan saja tidak dapat membawa kemjuan kepada perkembangan Islam, tetapi hubungan politiknya juga lembab dan luyup. Harapan kepada beliau untuk memprojekkan dan komosurlis Islam Hadhari mengecewakan Abdullah dan Umno.

Sudah menjangkakan

Jadi pemecatannya adalah wajar dan tepat. Cuma kesilapan Abdullah ialah kenapa beliau terus memilih Abdullah bertanding dalam pilihan raya. Kalau beliau sudah menjangkakan tidak akan melantik Abdullah, beliau sepatutnya tidak memilih Abdullah bertanding di kerusi itu. Masih banyak tokoh lain yang mampu memberi sumbangan idea dan kemajuan kepada agama menunurut acuan Abdullah.

Begitu juga dengan pemecatan Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz. Ia dikira sesuai dan layak kerana Rafidah sepatutnya tidak berada dalam kabinet sejak 10 tahun lagi. Beberapa isu yang membabitkan menteri berkenaan termasuk tuduhan ada hubungkait dengan prilaku rasuah menjadi riputasinya buruk dan membusukkan kerajaan dan Umno.

Kerana itu apaila beliau digugurkan ia tidak mengejutkan malah disambut dengan sorak kegembiraan. Cuma yang merasa sedih ialah wanita-wanita Umno yang ada kepenntingan dengan Rafidah saja.

Begitu juga pengguran Tengku Adnan Mansor sebagai Menteri Pelancungan akhirnya terjawab apabila beliau telah dilantik menjadi Setiausah Agung Umno menggantikan Radzi Sheikh Ahmad. Abdullah mahukan Umno digerakkan dengan bersungguh oleh seorang yang mempunyai azam dan komitmen yang tinggi kepada parti.

Abdullah sanggup menarik balik jawatan menteri disandang Tengku Adnan dan diserahkan Umno kepadanya. Tengku Adnan juga nampak selesa dan gembira dengan jawatannya sekarang. Pengalamannya menjadi Setiuasah Kerja Umno membolehkan beliau memulihkan organisasi Umno yang kini dalam keadaan agak tenat.

Bagaimana pun pengguguran Radzi Sheikh Ahamd, Azmi Khalid dan Jamaluddin Jerjis tetap menjadi tanda soal besar. Orang tidak dapat mengagak apakah alasan dan relevannya pemecatan mereka. Terutamanya Jamalauddin Jerjis yang baru sepanggal menjadi menteri. Tidak ada pula laporan awam megenai menteri berkenaan berhubung dengan apa-apa skandal ataupun perbuatan rendah moral sebelum ini.

Pengguguran Radzi mungkin disebabkan masalah kelabakan pendatang haram tanpa izin yang tidak boleh diselesaikan. Sebagai menteri dalam negeri beliau harus bertanggungjawab. Begitu juga dengan Azmi Khalid, pemecatannya barang kali ada sangkut paut dengan kemelut Umno di Perlis, pergaduhan belau dengan Shahidan Kassim.

Sebagai jalan tengah bagi meredakan kemelut Umno Perlis, PM mengambil keputusan tidak melantik Azmi dan juga Razdi yang turut sama berkonspirasi untuk menjatuhkan Shahidan Kassim.

Dalam pada itu pemecatan Jamaluddin Jarjis sungguh membingung orang ramai dan pemerhati politik. Orang tahu Ahli Parlimen Romping itu adalah orang kuat dan rapat dengan Mohd Najib Razak. Masakan semudah itu beliau ditanggalkan dari jemaah Kabinet. Dan apakah pemecatan itu hanya dilihat begitu saja oleh Najib tanpa membelanya?

Apakah masalah Jamaluddin?

Satu maklumat terbaru diperolehi, menjelang beberap hari Abdullah hendak bentuk Kabinetnya, seorang penting telah datang menemui Abdullah. Orang itu dikatakan membaca satu fail mengandungi kegiatan rasuah dilakukan seseorang.

Abdullah dikatakan teruja dengan fail berkenaan. Apakah fail berkenaan ada sangkut paut dengan mana-mana menteri yang dipecat itu? Fail itu dikatakan melibatkan rasuah bernilai ratusan juta ringgit? Mohd Najib juga khabarnya diberi tahu mengenai fail rahsia ini!

Sekiranya fail berkenaan membabitkan menteri Kabinet yang dipecatkan itu apakah ia ada hubungkait dengan salah seorang enam menteri itu? Dan apakah ianya Jamaluddin Jarjis? Sukar untuk disahkan. Tetapi yang jelasnya pemecatan Jamaluddin tentulah ada sebab musababnya tersendiri yang logik pula bagi Perdana Menteri. [wm.kl. 5:20 pm 26/04/08].