Pages

Saturday, April 25, 2009

Sidang DUN Perak tetap diadakan 7 Mei

JOM kita cintai produk Islam. Tanamkan dalam minda masyarakat kita:
Buat belian PRODUK HPA sekarang guna id : #334166.MY01 PAS KAWASAN MARANG/ #287927.MY01 MOHD NOOR BIN ABDUL RAHMAN / #286273.MY01 MOHD ZUKI BIN MOHD ALI /#287925.MY01 ABDUL WAHAB BIN SIDEK / 287928.MY01 (NADHEERA BT GHANI) / #297991.MY01 ZUMRAH BT HUSNI(isteri Ust Badul amin). Anda akan mendapat harga pengedar. pilihlah salah satu ID. Anda boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda jika anda ingin aktif bersama HPA untuk jalankan FERDU KIFAYAH (EKONOMI)
jika ingin aktif secara online daftarkan di sini : http://hpa4online.com/index.php?id=mahadi

==========================================================

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan.

Beliau berkata persidangan berkenaan akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan itu walaupun Speaker V. Sivakumar masih berdolak dalik mengenai tarikh tersebut.

Katanya, masalah mengenai tempat duduk yang ditimbulkan wakil DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah isu remeh yang menunjukkan mereka tidak matang berpolitik.

"Jangan bersikap seperti anak kecil dan menunjuk-nunjuk di khalayak ramai...apa yang diperkatakan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 kerusi adalah tidak betul kerana di bahagian BN terdapat tambahan tiga kerusi Bebas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak di sini hari ini.

Zambry berkata, kedudukan berkenaan adalah serupa semasa Pakatan PAS-DAP-PKR memerintah dengan jumlah 31 kerusi tetapi pada kali ini jumlah majoriti berkenaan dimiliki BN.

BN memperoleh majoriti apabila dua wakil PKR dan seorang daripada DAP mengisytihar diri sebagai wakil Bebas dan menyokong BN.

Sementara itu mengenai pemilihan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, katanya keutamaan beliau adalah untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang ditekankan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak agar mendahulukan rakyat dalam apa jua keadaan.

"Saya berikrar akan memberi keutamaan kepada perkhidmatan untuk rakyat dan memastikan keberkesanannya bagi memastikan parti ini (Umno) akan terus diterima," kata beliau.

Menurutnya, cabaran berkenaan bagaimanapun perlu digalas bersama oleh semua anggota parti sebagai satu pasukan.

"Saya percaya kerja yang dilakukan secara berkumpulan dan berpasukan akan memberi hasil yang amat memuaskan dan oleh itu saya memerlukan sebuah pasukan yang mantap yang boleh memberikan kerjasama dan perkhidmatan tanpa berbelah bagi," tambah beliau.BERNAMA