Teman mengapa rumah kita (umat islam) hampir 95% produk harioan dan makanan kita disedia orang KAFIR dan YAHUDI. Marilah kita bersama HPA milik Islam 100%. yang kini punyai hampir 250 Produk. serta mempunyai rangkaian makanan segera RFC.
JOM kita cintai produk Islam. tanamkan dalam minda mayasrakat kita:
Buat belian sekarang guna id : #334166.MY01 PAS KAWASAN MARANG
/ #287927.MY01 MOHD NOOR BIN ABDUL RAHMAN / #286273.MY01 MOHD ZUKI BIN MOHD ALI /#287925.MY01 ABDUL WAHAB BIN SIDEK / 287928.MY01 (NADHEERA BT GHANI) / #297991.MY01 ZUMRAH BT HUSNI(isteri Ust Badul amin). Anda akan mendapat harga pengedar. pilihlah salah satu ID. Anda boleh juga jadikan id ini sebagai penaja anda jika anda ingin aktif bersama HPA untuk jalankan FERDU KIFAYAH (EKONOMI)
jika ingin aktif secara online daftarkan di sini : http://hpa4online.com/index.php?id=mahadi==========================================================
Umno siap gempur negeri Pakatan
Abdul Rahim Sabri | Apr 24, 09 7:23pm
kemaskini 8.08pm Umno sedang mempergiatkan usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat dalam rombakan terbesar barisan pengerusi perhubungan negeri hari ini sejak Datuk Seri Najib Razak mengetuai parti itu, akhir Mac lalu.
Najib sendiri kini memimpin Selangor dan melepaskan jawatan tersebut di Perak - tugas itu diserahkan kepada Datuk Zambry Abd Kadir, menteri besar selepas negeri itu dirampas kembali BN, Februari lalu.
Tan Sri Muhammad Muhd Taib digugurkan daripada pengerusi perhubungan Selangor dan juga ketua penerangan Umno Malaysia.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan - sebuah lagi negeri yang dikuasai Pakatan dalam pilihanraya umum 2008.
Beliau menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang tidak dikekalkan dalam kabinet dalam rombakan awal bulan ini.
Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mengetuai badan perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.
Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengepalai Umno Pulau Pinang, melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi Perak.
Beliau menggalas tugas yang dahulunya dipegang oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sementara di Terengganu yang menyaksikan pergeseran dua kumpulan - antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan tokoh yang digantinya Datuk Seri Idris Jusoh - diambil alih oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang naib presiden Umno.
Perlis yang turut mengalami pergeseran dalaman juga menyaksikan pertukaran ketua perhubungan negeri - kini diketuai menteri besarnya Datuk Seri Md Isa Sabu, menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik menganggotai Majlis Tertinggi (MT).
Kelantan - yang dikuasai PAS selama 19 tahun - turut mendapat ketua perhubungan baru Datuk Mustapa Mohamed, menggantikan Tan Sri Annuar Musa.
Mustapa, yang mendapat jumlah tertinggi undi untuk anggota MT, pernah memimpin negeri itu dalam usaha Umno merampas Serambi Mekah itu
Selain lapan perubahan ini, lima ketua perhubungan negeri dikekalkan di Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Rombakan besar-besaran itu diumumkan Najib selepas mesyuarat pertama MT sejak pemilihan parti hujung bulan lalu di bangunan Umno petang ini.
Selain pengerusi perhubungan, Umno juga melantik Ahmad Maslan, seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebagai ketua penerangan.
Manakala Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik menggantikan Datuk Azim Zabidi sebagai bendahari agung.
Ahmad Husni, yang dilantik menteri kewangan kedua awal bulan ini, juga memegang jawatan timbalan pengerusi perhubungan Perak.
Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha agung: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Bendahari agung: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Ketua penerangan: Ahmad Maslan
Pengerusi perhubungan Umno negeri
PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin
KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah
PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman
PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan: Ahmad Husni Hanadzlah
SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Noh Omar
WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor
MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop
JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad
PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin
TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said
KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Awang Adek Hussin
SABAH: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak
Najib turut mengumumkan semiblan ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, iaitu: Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Nazri Aziz, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Presiden Umno itu juga mengumumkan pelantikan tambahan tiga lagi ahli MT dari kalangan sayap parti itu, iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Kamaliah Ibrahim; Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim dan ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin.
Najib berkata semua menteri besar dari Umno yang tidak dilantik ke jawatan MT akan dijemput hadir mesyuarat.
Najib juga berkata, beliau mempengerusikan biro politik manakala Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno dan juga pengerusi biro pendidikan.
Manakala pelantikan pengerusi biro-biro yang lain, tambahnya, akan dibuat dalam mesyuarat yang akan datang.
Ditanya mengenai pelantikan Rafidah dan Shahidan menganggotai MT, Najib berkata, mereka masih boleh memberi sumbangan kepada parti.
"Jadi kita ada kesinambungan dan pembaharuan," tambahnya.
Mengenai pertukaran pengerusi badan perhubungan Terengganu, Najib berkata: "Soal MB (menteri besar) itu lain, ini soal politik parti."
Daftar HPA Online:http://www.hpa4online.com/index.php?id=mahadi