Pages

Friday, January 15, 2010

Menanti titah mahkamah

Anak Sengat

Menanti hujan setelah mendung sepatutnya tidak lama. Menanti mentari setelah kokok ayam berbunyi tentu tidak menjemukan...namun menanti keputusan mahkamah berkaitan keputusan tuntutan DS Nizar diistiharkan sebagai Menteri Besar yang sah terlalu susah.

Kalau ada anak yang dimengandungkan ketika kes ini bermula, mungkin anak itu akan menjadi " anak haram" di bumi perak kerana tiadanya bapa yang sepatutnya diadu .

Isu sebegini penting fdan mendesak tentunya tidak wajar dipanjangkan . Kalau mahkamah boleh segera membuat keputusan menangguhkan keputusan yang telah diistiharkan atas alasan keperluan mendesak...maka tentunya menentukan siapa Menteri besar yang sah lebih mendesak.

Perak kini berdepan kegelisahan politik yang panjang. Di segi ekonomi tentunya tiada pelabur yang berani melabur kerana kestabilan politik yang sentiasa bergoyang.

Datuk Zamry tentunya hanya senyum diluar namun derita di dalam kerana beliau hanya boleh merasmi setiap acara di Perak namun keputusan penting tidak boleh dilakukan.

Mungkin kerana itulah Zamry dilihat banyak menghabiskan masa diluar pejabat dari dalam pejabat.Khabarnya beliau telah murka dengan wartawan kanan media di Perak lantaran kegagalan menjadikan beliau sebagai subjek utama berita mereka.

Kesibukan Zamry termasuklah menghadiri acara mengacau bubur lambuk di RTM. Bayangkan... untuk melaksanakan acara mengacau bubur lambuk sempena satu muharram pun terpaksa menjemput penaja swasta seperti Petronas dan Celcom. miskin sangatkah kerajaan Perak ? semuanya gara gara tiadanya keputusan mahkamah siapa Menteri Besar yang sah.

Cakap cakap luar dari sumber dalam menyatakan keputusan memang telah ada, namun apa yang difikirkan ialah kaedah terbaik menyampaikah titah keramat buat rakyat Perak.

Jika mahkamah memilih menyerahkan mandat kepada Zamry...Najib tentunya tidak boleh tidur malam kerana bimbang DS Anuar mengumpulkan MP BN dan menemui SPB Yang dipertuan Agong memohon dipecat PM dan dilantik baru hanya dari Istana.

Saya tidak fikir mahkamah akan memutuskan keputusan sebegini kerana implikasinya sangat besar .... melainkan Najib sememangnya boleh tidur lena di samping rosmah kerana yakin dengan MP BN. Peritiwa rombongan MP BN ke Taiwan adalah penanda aras bahawa Najib tidak pernah yakin dengan mereka.

Jika Mahkamah memutuskan DS Nizar menang, tentunya rakyat Perak akan menghadapi satu pilihanraya negeri yang baru. Namun bagaimana dengan keputusan DYMM Sultan Perak yang melantik Zamry sedangkan beliau adalah bekas ketua hakim negara yang memahami dalam undang undang?

Itu adalah antara konflik isu yang barangkali mengantungkan keputusan mahkamah sehingga saat ini. Mahkamah sewajarnya rasa bersalah kerana kelewatan keputusan ini adalah satu penderaan buat rakyat Perak. ia juga adalah satu ketidakadilan undang undang apabila membiarkan kuasa eksekutif Perak terus menerus terumbang ambing.

Saya tidak fikir mahkamah mampu bertahan lagi... seorang ibu yang mengandung hanya mampu bertahan sekita 9 bulan... entahlah jika mahkamah di malaysia hari ini mampu bertahan mengandungkan keputusan dinanti rakyat Perak lebih 10 bulan... Bersamalah kita menanti TITAH MAHKAMAH...