Dalam usaha untuk membantu komuniti etnik Melayu Cam di Indochina, khususnya di Kemboja, kelatedaily ingin mempelawa mana-mana badan kerajaan dan swasta serta individu yang prihatin untuk turut sama menderma dan menghulurkan sumbangan bagi melaksanakan hasrat murni ini.
Kumpulan minoriti di negara Indochina itu yang majoritiya adalah penganut agama islam, kebanyakan mereka kurang didedahkan dengan ajaran islam, manakala murid di sekolah kebangsaan pula tidak diajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengajian agama hanya diajarkan di madrasah/surau-surau kampung dengan bekalan elektrik, kitab mengaji dan al-Quran serta peralatan alat tulis yang sangat terhad.
Sehubungan itu, kelatedaily, telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program khidmat masyarakat di kawasan komuniti yang berkenaan (Kemboja-Vietnam). Program ini dirancang berjalan selama sepuluh hari bermula 5 Disember tahun ini.
Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuklah ibadah aqiqah di beberapa buah kampung, membaik pulih prasarana seperti pembinaan tandas dan generator serta berkhatan.
Pengarah program, saudara Mahadi berkata, hasil sumbangan para dermawan yang disalurkan oleh masyarakat Malaysia melalui Kembara Kasih’10 akan diagihkan kepada penduduk di sekitar Kg Cham dan Kg Beng Broul di Kemboja.
Sumbangan kitab agama dalam bahasa Cam, Al-Quran, peralatan solat seperti telekung, kain pelekat, sejadah dan baju-baju sangat diperlukan oleh mereka.
Bagi yang berhajat untuk menyumbang/mewakafkan Al-Quran : 0139910717