Pages

Sunday, August 12, 2012

Hudud: Apa peranan seorang Muslim?

Sejak akhir-akhir ini apabila bahang gelombang PRU13 semakin hangat, isu hudud dimainkan semula oleh Barisan Nasional dan konco-konconya. Berbagai serangan dan tohmahan yang tidak berpandukan lunas-lunas hukum syarak yang sebenar telah dilontarkan.

Apa sekalipun cacian yang diberi, hukum yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. tidak boleh ditolak. Namun dengan kejahilan pemimpin yang menerajui pemerintahan negara amat jahil tentang hukum-hakam dalam Islam yang menjadikan orang bukan Islam di negara ini turut lantang bahkan lagi hebat menentang hukum ini.

Jadi, apakah peranan kita sebagai seorang Muslim? Penerangan dan penjelasan tentang hudud perlu sentiasa diterangkan/dijelaskan/diterjemahkan ke media-media elektronik (web/blogger/facebook-media sosial) muslim terutamanya penggerak Islam PAS bagi memberi gambaran jelas berkaitan hudud dan perlaksanaannya serta kesan dan implikasinya setelah perlaksanaannya dilakukan. Juga, pastikan juga diterangkan bahawa hukum ini bukan parti politik yang mewujudkannya, bahkan ianya adalah arahan/perintah daripada yang Maha Berkuasa, Allah S.W.T.

Selama ini, sejak negara kita merdeka, hudud telah disalahertikan oleh pemimpin negara, maka sejak itu jugalah non Muslim telah mempunyai persepsi dan pandangan sinis tentang Islam.

Hudud dilihat suatu yang kejam dengan momokan banyak tangan yang akan dipotong kerana mencuri dan akan ada sup tangan...apa semua ini? Perlaksanaannya pun ada garis panduannya dan bukan semua orang yang akan bertindak membuat hukuman ini. Di sini menjadikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim menyampaikan perkara yang benar yang didatangkan oleh Allah untuk kesejahteraan umat manusia di muka bumi ini.

Semoga dengan usaha berterusan tanpa merasa kecewa kita memberikan kefahaman berkenaan hukum Allah akan menjadikan kita seorang Muslim yang semakin dekat dengan Allah S.W.T. dan menjadi hamba yang diredhai dan dikasihi.