Pages

Thursday, March 28, 2013

Penjenayah Tapi Kamceng Dengan Pemimpin UMNO

Sumber : Malaysiakini
Polis: Wan Muhammad dibuang kerja, bukan pengundi pos
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menjelaskan bahawa bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai penulis blog Papagomo, dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu, bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.
Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.
“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.
“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.//