Pages

Friday, March 29, 2013

Puan Amizan Baharuddin; Pengarah pilihanraya DMPP kembali ke rahmatullah


Saya mewakili Seluruh Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Negeri-negeri merakamkan ucapan takziah kepada suami dan keluarga Allahyarhamah Puan Amizan Baharuddin; Pengarah pilihanraya DMPP yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.30pg td 29 mac 2013. Allahyarham telah berjuang hampir 2 tahun melawan kanser akhirnya kembali kepada Allah di pagi subuh Jumaat Mubaarakah.Jenazah akan dibawa ke kg simpang, Taiping slePAS urusan di HSB,Alor Star.
Semoga pulangnya kepada Kekasihnya Yang Maha Penyayang menjadi suatu kerehatan yang abadi. Dan semangat juang, aura kasih sayang yang ditinggalkannya akan tetap bersama kita utk diteruskan dlm perjuangan ini sehingga sampai saat kita pula dijemput pulang. Smoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Pohon semua untuk sedekahkan alfatihah buat allahyarham Puan Amizan Baharuddin. ALFATIHAH

Cukuplah KEMATIAN itu menjadi satu peringatan kepada semua kita yang masih hidup..Semua yg hidup PASti akan merasai mati..

YB HJH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA