Pages

Wednesday, April 17, 2013

Pulau Bebas Cukai, Tasek Kenyir


Pengerusi GATE (Ahmad Amzad Hashim)  ke Pulau Bayas bersama YM Dato Raja Baharin dan Dr Syed Azman.

Pulau Bebas Cukai. Jarak perjalanan lebih kurang 30 minit sehala menaiki bot laju. Katanya RM300juta untuk keseluruhan projek. Penyaluran Elektrik TNB saja dekat RM50juta. Banyak Menara TNB yang menampung kabel TNB dipinggir pulau2 kelihatan runtuh tanah ditapak menara tu (yg ditepi tasik) seperti menunggu untuk tumbang. Sebaik sampai kelihatan rumah kongsi pekerja2 indonesia. Kerja tak berjalan kerana air tasik luar biasa tinggi sehingga pile cap tenggelam. Khabarnya jangkaan boleh mula sambung kerja bulan julai. Memang delay banyak projek ni dan boleh jangka kontraktor akan dakwa rugi. P{enduduk kampung dakwa pemilihan pulau ini yang jauh dan terpencil dari orang kerana pulau itu yang paling banyak balak yang besar2. Tak pasti bagaimana perjanjian antara pemaju dengan kerajaan negeri berhubung hasil balak itu sama ada di offset  dengan jumlah konytrak atau nilai balak disenyapkan semata2 site clearance-ada orang dapat balak free. Rimbun Tekad yg dapat kontrak ditolak oleh panel penilai jawatankuasa tender kerana kekurangan teknikal, pengalaman dan kewangan. Tapi masih diluluskan anugerah projek oleh MB. Raja Baharin turut beri komen teknikal berhubung dengan membrane canopy yang digunakan yang tak sesuai dgn persekitaran tasik yg akan timbul masalajh kulat nanti. Itu saja seingat saya.

Juga sehingga kini anchor tenant yang akan menduduki kompleks itu masih lagi tiada. sesuatu yang luar biasa bagi projek sebesar itu. Sama macam kompleks komersil YPUT di Banggol Donas yang gah begitu besar, sehingga kini cuma menempat kan restoran nasi arab.