Pages

Wednesday, April 17, 2013

Pulau Serindit: Penyokong Umno boleh berapa ekar?

FAKTA KES :  Akademi Badminton dibina di Pulau Serindit, Tasik Kenyir

DUNGUN - Sebuah akademi latihan badminton swasta akan dibina di Pulau Serindit dekat Tasik Kenyir dengan pelaburan RM545 juta yang bakal dibangunkan oleh bekas jaguh badminton negara, Soo Beng Kiang.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri telah meluluskan permohonan Beng Kiang yang berhasrat mewujudkan akademi itu sebagai pusat latihan badminton swasta terunggul negara ini bagi memartabatkan kembali arena badminton negara.

"Kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju dengan cadangan untuk memajukan pulau seluas 48.576 hektar sebagai tempat untuk melatih pelapis badminton negara.

"Selain badminton, akademi itu juga akan mengendalikan latihan untuk melatih pemain tenis dan skuasy, sekali gus muncul sebagai tempat latihan yang canggih di Tasik Kenyir," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al-Muktafibillah Shah di sini, hari ini.

Pembinaan akademi badminton itu dijangka bermula sebelum pertengahan tahun ini dan dijangka siap antara tiga hingga lima tahun lagi dengan pembiayaan pinjaman sepenuhnya oleh Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank), sebuah agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada Beng Kiang.

Beng Kiang pernah beraksi pada temasya sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Sepanyol dan 1996 di Atlanta, Amerika Syarikat.

Malah beliau pernah menjadi regu terbaik negara bersama Cheah Soon Kit setelah menewaskan lawan mereka Indonesia dalam Piala Thomas 1992 di Stadium Negara, Kuala Lumpur dan kini bergelar ahli perniagaan dengan memiliki syarikat pelancongan sendiri.

Apabila siap kelak, akademi itu bakal dipenuhi ramai bakat baru yang ingin menceburkan diri dalam sukan badminton dengan lebih serius seterusnya diharapkan mampu mengurangkan masalah ketandusan pemain badminton negara kelak.

Ahmad berkata kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang komited untuk melabur di Tasik Kenyir, selaras dengan hasrat menjadikan ia lokasi percutian dan zon bebas cukai terbaru di Malaysia.- Bernama

70 ribu tanah rakyat yang diluluskan sepanjang pemerintahan Pas 1999-2004. Itupun bukannya luas sangat. Kebanyakannya adalah lot tapak rumahsecara berkelompok seluas seekar bahagi 6 atau 8. Cukup-cukup untuk muat rumah sahaja. Kalau pertanian sekadar 1 ekar seorang. Tetapi paling kurang proses perlaksanaan janji manifesto Pas terus berjalan untuk setiap keluarga rakyat Terengganu memiliki rumah atau tapak rumah. Majoritinya adalah rakyat kelahiran Terengganu dan orang melayu.

Dengan sokongan juruukur swasta, ianya berjaya dilaksanakan dengan cepat dan mudah. Tetapi malangnya apabila umno kembali berkuasa tahun 2004, jenayah pertama Idris Jusoh adalah mengeluarkan surat arahan kepada konsortium juruukur swasta menghentikan semua kerja-kerja ukur dan mengarahkan Pejabat Tanah Daerah membekukan semua urusan tanah tersebut. Satu kezaliman yang pasti diingati sehingga kiamat. Maka bermulalah rampasan, meruntuhkan rumah yang dibina dan pelbagai aksi balas dendam Kerajaan Umno-BN yang berslogankan “Rakyat didahulukan”.

Allah itu Maha Berkuasa!. Bagaimana orang yang zalim sudah dibalas sebelum hari kiamat lagi. Idris Jusoh dimalukan oleh Allah Swt yang tiada sejarahnya di Malaysia ini. Diharapkan pemimpin Umno boleh mengambil iktibar. Tetapi malangnya. Kalau dah Umno tu… perangainya Umno jua lah. Memang tak berubah.

Mat Said yang naik menjadi MB… awal pemerintahannya, Nampak macam semua rakyatnya adalah sama tanpa kasta. Mungkin dah tobat kot. Sikap gebebenya bertukar. Berkopiah dan berjubah. Tetapi ingatkan taubatnya sampai ke petang. Tetapi kini nampaklah belangnya seperti harimau dalam Zoo Bukit Takal jua. Tak boleh berlagak lagi macam kucing yang jinak tetapi hakikatnya sama spesis. Pemakan daging dan bangkai. Sikap samsengnya mula terserlah kembali. Apakah sekarang ni beliau adalah MB. Orang yang paling berkuasa.

Bukan hanya Masjid Bujal yang diruntuhkan… bahkan semakin mengganas. Tanah sekolah agama rakyat seluas 1 Ekar di Paka pun dirampas dan dibahagikan sesama JKKK. Tanah Lot rakyat dirampas dan dibahagikan sesama penyokong Umno. Tanah Generasi kedua Felda Ketengah Jaya dirampas meskipun tanah siap ditanam batu penanda tetapi dengan rakusnya dijentolak sehingga rata. Tanah rakyat yang mengusahakan padi di setiu dirampas dan dibahagikan untuk jelapang padi kononnya. Tanah pertanian yang diusahakan petani di Jabi dirampas dan diserahkan kepada syarikat pengusaha ternakan udang beribu hektar dan rakyat hanya melopong sahaja.

Yang mengejutkan… Mat Said dengan senang hati memberi sebuah pulau di Kenyir kepada Soo Beng Kiang. Pulau Serindit yang seluas 121 Ekar itumerupakan beratus kali lipat keluasan tanah rakyat yang dirampas. Bahkan diluluskan bersama pinjaman RM545juta oleh SME Bank iaitu agensi dibawah Kementerianyang jaga MITI.

Inilah saksi betapa hipokritnya Umno-BN. Kini merekalah yang mendakwa pejuang melayu kononnya. Pejuang Islam dan penegak al-Quran. Orang lain sesat dan bapak Kapir. Kalau Pas tu macam-macam tohmahan dan fitnah. Kalau DAP tu khususnya negeri Pulau Pinang, Fitnah apa yang tidak dilemparkan. Lim Guang Eng tu macam sampah saje. Habis Soo Beng kiang tu jawa ke Apa? Anak jati Terengganu ke? Kenapa tak diberikan kepada Misbun Sidek dan adik beradiknya? Kenapa? Sebab melayu bodoh?


Dalam ramai lagi anak Terengganu yang tiada rumah dan tiada tanah… Bahkan tanah mereka dirampas tetapi Umno BN senang-senang menganugerahkan sebijik pulau kepada Soo Beng Kiang. Mereka membahagikan sebelum bersara wakil rakyat 2 setengah ekar setiap seorang dikawasan yang mahal dan strategic tetapi menafikan hak sebahagian besar kakitangan kerajaan, bekas tentera untuk memiliki tanah.

Ini bukan kali pertama Umno Terengganu menggadaikan tanah orang melayu nih. Bagaimana kita sedia maklum Umno memberi Vinsent Tan yg merupakan tokey judi seluas 300 ekar di Pulau Redang. Tanah yang amat bernilai dan berharga. Umno juga memberi 800 ekar tanah Awana di Kijal kepada Tokey Genting. Semua tokey tu judi. Berapa komisyen yang Umno dapat daripada tindakan khianat ini?


Di Kijal tu... tanah ditepi jalan, strategik... bukan sikit-sikit tetapi 800 ekar. Apa yang kerajaan Terengganu dapat?. Yang pelik bin ajaib tuh.. pemberian tu termasuk sungai dan muara sungai sekali. Entah kemana lagi undang-undang tanah serta Jabatan parit dan saliran. Semuanya disapu.

Tetapi apabila pemimpin ni pergi kat kampung... merekalah yang mendakwa sebagai pembela melayu. Pembela agama kononnya. Sedangkan inilah dia wajah-wajah penyamun tarbus yang merompak hak orang melayu.

Sampai bila rakyat Terengganu ini nak diperbodoh dan dilembukan oleh Umno-BN. Pinjaman pelajar yang tak seberapa disekat dan dinafikan, tetapi pinjaman Soo Beng Kiang maupun Syahrizat diluluskan dengan mudah beratus juta. Binatang di Zoo diberi makan, rakyat sendiri dibiarkan kepapaan. Rakyat didahulukan kena… kroni dan pemimpin merembat sakan.

Ko Pikir le sendiri, awang weh…