Pages

Friday, December 6, 2013

Kenali MB Terengganu Pertama - Haji Mohd Daud bin Abdul Samad

Haji Mohd Daud bin Abdul Samad - Merupakan Menteri Besar Terengganu yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari bermula 29 Jun 1959 hingga 8 November 1961 ketika  

PAS-Parti Negara menguasai keseluruhan DUN Terengganu.
Haji Mohd Daud pernah menjadi ADUN Setiu (1959-1964), Ahli Parlimen Besut (1964-1969) dan Ahli Parlimen Kuala Trengganu Selatan (1969-1974). Beliau juga pernah menjadi Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu (1959-1963 dan 1966-1972).[1]

Kerajaan PAS Terengganu tumbang 1961[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959, DUN Terengganu dimenangi oleh Pas dengan majoriti kecil. Pas dapat 13 kerusi, UMNO 7 kerusi dan Parti Negara (PN) 4 kerusi. Pas berjaya memujuk Adun PN Langkap (Ismail Abbas) menyokong mereka. Umno pula berusaha mendapat sokongan 3 lagi Adun PN.
Pada 24 Julai 1961 satu undi tidak percaya terhadap kerajaan Pas dibawa oleh seorang Adun PN Bukit Besar, Mohamad Abd Rahman. Undi tersebut gagal kerana Pas mendapat (12 undi) Umno + PN (11 undi). Seorang wakil Pas berkecuali iaitu Ahmad Azam Napiah. Ahmad Azam kecewa kerana tidak diberi jawatan Menteri Besar Terengganu atau pun Speaker (kerana berasal dari Perak bukan anak jati Terengganu. Beliau kemudiannya mengisytihar sebagai Adun Bebas.
Kegawatan DUN Terengganu berlarutan apabila Umno berjaya membeli dua Adun Pas - Mohamad Ismail dan Husin Jusoh. Kemudian, Umno juga dapat membeli 3 Adun PN apabila mereka bertemu Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur. Adun PN yang terbabit adalah Wan Daud Mohamad (Ladang), Mohamad Abd Rahman (Bukit Besar) dan Haji Mutalib Salleh (Batu Buruk). Keadaan tersebut membawa kepada undi tidak percaya kali kedua dibawa dan akhirnya kerajaan Pas tewas.
Maka Parti Perikatan menubuhkan kerajaan baru yang diketuai Tan Sri Ibrahim Fikri pada November 1961.[2]

Meninggal dunia
Beliau meninggal dunia pada 22 Okt 1983 ketika berusia 57 tahun. Isteri (Maksu) serta anak beliau seperti Haji Zaihan Mohd Daud, Marlina Mohd Daud kini berada di Blkg Masjid Rusila.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com