Pages

Saturday, December 7, 2013

Kes Balak Bernilai RM30 Juta; Ku Duka Minta Penjelasan Ahmad Said


KUALA TERENGGANU – Kerabat DiRaja Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Ku Duka) kesal kerana surat meminta penjelasan tentang kes balak yang dihantar kepada Menteri Besar Terengganu tidak dijawab.

Ku Duka berkata pada 6 November, 2013, beliau menghantar surat kepada Dato’ Seri Ahmad Said berhubung isu pemberian 12,000 ekar tanah hutan kepada 12 buah syarikat kilang papan melibatkan nilai RM30 juta.
“Saya ada tulis surat untuk mendapatkan penjelasan kepada MB Terengganu (Dato’ Seri Ahmad) pada 6 November (2013) lalu mengenai kawasan kayu balak 12,000 ekar dan wang pembayaran sebanyak RM30 juta.
“Pemberian 12,000 ekar tanah balak oleh kerajaan (Terengganu) kepada 12 buah kilang-kilang papan di Terengganu, melalui surat rujukan Bil.(55) dalam PHNT (SULIT) 62/SK 1/BHG 7 bertarikh 17 Julai 2012.
“Apa yang menimbulkan persoalan iaitu setiap buah syarikat kilang papan itu dipaksa membayar RM2.5 juta kepada sebuah syarikat peguam di Kuala Lumpur sebelum tanah balak itu diberikan kepada mereka (pengusaha),” jelasnya
Justeru beliua mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu memberikan penjelasan tentang perkara tersebut yang melibatkan harta serta wang rakyat.
Menurutnya, setiap buah syarikat kilang terbabit telah diberikan kawasan hutan balak seluas 1,000 ekar dengan pembayaran yang ditetapkan itu.
Kata Tengku Ibrahim, jumlah yang telah dibayar kepada syarikat guaman tersebut berjumlah RM30 juta.
“Saya dukacita, saya ingin tahu dan rakyat Terengganu juga berkehendakkan jawapan dan penjelasan kenapa wang RM30 juta itu dibayar kepada pihak syarikat guaman dan atas dasar apa wang itu disalurkan kepada pihak yang tidak ada kaitan dengan pemberian kayu balak kepada 12 buah syarikat kilang papan itu.
“Saya berpendapat bahawa wang RM30 juta itu adalah satu pembayaran berbentuk rasuah dan salah laku yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan di sekeliling Menteri Besar,” tegasnya.
Justeru itu, beliau turut mendesak Ahmad agar segera menyerahkan kes skandal balak tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199105222


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com