Pages

Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

Pembangunan T'ganu: NGO serah memo kepada MB

KUALA TERENGGANU: Gabungan tiga badan bukan kerajaan (NGO) mewakili anak-anak Terengganu menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar bagi menggesa kerajaan negeri menyelesaikan empat perkara berhubung pembangunan negeri ini.

Empat perkara tebut adalah mengenai pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu, pembangunan kawasan Ladang dan penempatan semula di Ladang Gemilang,  pembangunan projek tambakan di Muara Sungai Terengganu dan penganiayaan terhadap peniaga-peniaga runcit kecil dan sederhana tempatan akibat daripada keputusan dan tindak-tanduk kerajaan memberi ruang kepada peniaga pasar raya gergasi dari luar.

Presiden Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu Darul Iman (Pekerti), Mohd Shuhaimi Embong, Exco Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau), Zulkifli Abdul Razak dan Setiausaha Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti), Rusni Hassan menyerahkan memorandum tersebut  kepada Datuk Seri Ahmad Said di lobi Wisma Darul Iman di sini, kelmarin.

Mengenai pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu mereka mempersoal Kerajaan Negeri yang tidak mengambil kira pandangan Persatuan Pelancong Negeri Terengganu dan peniaga-peniaga sendiri sebelum keputusan dibuat.

"Apakah status pembangunan Pasar Kedai Payang setelah didapati pemaju bermasaalah hutang yang begitu banyak yang berkemungkinan besar boleh menyebabkan pembangunan terganggu?" soal mereka dalam memorandum tersebut.

Status milikan penghuni di Ladang Gemilang pula tidak disahkan secara bertulis melalui surat perjanjian sewa beli dan tiada jaminan kerajaan bahawa perjanjian sewa beli akan ditandatangani setelah perjanjian sewaan telah tamat.

Projek tambakan di Muara Sungai Terengganu pula menunjukkan projek berisiko ini dianugerahkan secara runding terus melalui konsep ‘Design & Build’, walhal kerja penambakan muara sungai memerlukan pemantauan khusus oleh jabatan teknikal kerajaan

Tugas pengurusan dan penyeliaan projek pula diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bukan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kerajaan Negeri juga didakwa melakukan penganiayaan terhadap peniaga-peniaga runcit kecil dan sederhana tempatan akibat daripada keputusan dan tindak-tanduk kerajaan memberi ruang kepada peniaga ‘Hyper Market’ gergasi dari luar.

Syarikat hyper runcit tempatan tidak diberi ruang untuk  bersaing secara sihat dengan syarikat pemborong hyper market gergasi dari luar dan garis panduan yang ditetapkan tidak dipatuhi sehingga lambakan pasaraya berlaku di bandar Kuala Terengganu.

Menurut Mohd Shuhaimi, memorandum tersebut bertujuan memohon pihak Ahmad selaku Ketua Eksekutif kerajaan menyelesaikan pembangunan negeri, dengan tindakan yang baik sesuai slogan kerajaan, ‘Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan’.

"Kami percaya bahawa  Datuk Seri Menteri Besar sebagai Ketua Eksekutif kerajaan Negeri Terengganu mempunyai pengaruh secara langsung mahupun tidak langsung melalui agensi-ajensi kerajaan kepada perkara-perkara yang disebut di atas.

"Kami berdoa semoga penyelesaian dan tindakan yang baik daripada Datuk dapat menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Terengganu sekarang dan juga generasi akan datang selaras dengan slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan’ yang dilaung-laungkan," kata beliau dalam memorandum tersebut.
Justeru katanya, penjelasan dan komitmen Ahmad di dalam perkara tersebut amat-amat dipohon bagi menyelesaikan kebimbangan dan ketidaktentuan nasib rakyat Terengganu.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com


Saturday, December 7, 2013

Terengganu Darul Miskin : MAT SAID Perlu "ROMPAK" Lori Gardeniea Bantu Mangsa Banjir?


Laman Pro UMNO (Terengganu Today) dengan bangga menyiarkan berita kononnya MB Terengganu Ahmad Said menjadi "Robin Hood" menahan lori roti Gardeniea dan mengedar roti berkenaan kepada mangsa banjir walaupun dihalang oleh pemandu lori. Tulis laman pro UMNO berkenaan Terengganu Today "Dengan petunjuk kebesaran yang Allah S.W.T berikan terdapat dua lori roti Gardeniea yang berada di situ, Dato Seri yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi di agihkan kepada semua yang ada di situ, pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Dato Seri Ahmad Said membuka lori tersebut." Satu persoaalan di sini macam mana mangsa banjir boleh kelaparan? Mana pelan menghadapi banjir oleh kepimpinan dan kerajaan UMNO?



IMG-20131206-WA0142

Sebenarnya ke mana pergi pakej bantuan banjir? Siapa yang mengendalikannya dan kenapa tak sampai kepada mangsa banjir?

Paling pelik MB terpaksa merompak untuk bantu mangsa banjir?? Tak boleh ke telefon bertanya pusat bantuan untuk diagihkan?
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com


Kes Balak Bernilai RM30 Juta; Ku Duka Minta Penjelasan Ahmad Said


KUALA TERENGGANU – Kerabat DiRaja Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Ku Duka) kesal kerana surat meminta penjelasan tentang kes balak yang dihantar kepada Menteri Besar Terengganu tidak dijawab.

Ku Duka berkata pada 6 November, 2013, beliau menghantar surat kepada Dato’ Seri Ahmad Said berhubung isu pemberian 12,000 ekar tanah hutan kepada 12 buah syarikat kilang papan melibatkan nilai RM30 juta.
“Saya ada tulis surat untuk mendapatkan penjelasan kepada MB Terengganu (Dato’ Seri Ahmad) pada 6 November (2013) lalu mengenai kawasan kayu balak 12,000 ekar dan wang pembayaran sebanyak RM30 juta.
“Pemberian 12,000 ekar tanah balak oleh kerajaan (Terengganu) kepada 12 buah kilang-kilang papan di Terengganu, melalui surat rujukan Bil.(55) dalam PHNT (SULIT) 62/SK 1/BHG 7 bertarikh 17 Julai 2012.
“Apa yang menimbulkan persoalan iaitu setiap buah syarikat kilang papan itu dipaksa membayar RM2.5 juta kepada sebuah syarikat peguam di Kuala Lumpur sebelum tanah balak itu diberikan kepada mereka (pengusaha),” jelasnya
Justeru beliua mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu memberikan penjelasan tentang perkara tersebut yang melibatkan harta serta wang rakyat.
Menurutnya, setiap buah syarikat kilang terbabit telah diberikan kawasan hutan balak seluas 1,000 ekar dengan pembayaran yang ditetapkan itu.
Kata Tengku Ibrahim, jumlah yang telah dibayar kepada syarikat guaman tersebut berjumlah RM30 juta.
“Saya dukacita, saya ingin tahu dan rakyat Terengganu juga berkehendakkan jawapan dan penjelasan kenapa wang RM30 juta itu dibayar kepada pihak syarikat guaman dan atas dasar apa wang itu disalurkan kepada pihak yang tidak ada kaitan dengan pemberian kayu balak kepada 12 buah syarikat kilang papan itu.
“Saya berpendapat bahawa wang RM30 juta itu adalah satu pembayaran berbentuk rasuah dan salah laku yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan di sekeliling Menteri Besar,” tegasnya.
Justeru itu, beliau turut mendesak Ahmad agar segera menyerahkan kes skandal balak tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199105222


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com


Sunday, September 12, 2010

Ijtimak IdulFitri PERANTAU ; Sarat Persoalan PRU-13

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/EidulFitriPerantau%20056.jpg
KUALA TERENGGANU – Ijtimak IdulFitri Anak-anak Terengganu di Perantaun (PERANTAU) yang diadakan semalam, 2 Syawal bersamaan 12 September 2010, sarat dengan persoalan bagaimana persiapan dan persediaan PAS serta Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya Umum ke -13 akan datang.

Lebih 1000 orang peserta yang hadir, mewakili pelbagai kelompok, bukan sahaja dikalangan Perantau domestik, malah mereka yang bermastautin di luar negara.

Sesi dailog yang mencungkil pelbagai keresahan dan kebimbangan, datang dari nurani mereka yang yang cintakan Islam dan PAS sebagai sebuah parti politik serta gerakan Islam.

Bukan hanya soal fikrah perjuangan, aqidah dan pegangan, perhimpunan Ijtimak IdulFiri yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu itu telah merungkai kerangka persiapan PAS sebagai ‘Kerajaan Menunggu’ di negeri Terengganu dan pelan laluan (road map) ke Putrajaya.