Pages

Sunday, December 15, 2013

Pembangunan T'ganu: NGO serah memo kepada MB

KUALA TERENGGANU: Gabungan tiga badan bukan kerajaan (NGO) mewakili anak-anak Terengganu menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar bagi menggesa kerajaan negeri menyelesaikan empat perkara berhubung pembangunan negeri ini.

Empat perkara tebut adalah mengenai pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu, pembangunan kawasan Ladang dan penempatan semula di Ladang Gemilang,  pembangunan projek tambakan di Muara Sungai Terengganu dan penganiayaan terhadap peniaga-peniaga runcit kecil dan sederhana tempatan akibat daripada keputusan dan tindak-tanduk kerajaan memberi ruang kepada peniaga pasar raya gergasi dari luar.

Presiden Pertubuhan Kemajuan Ekonomi Rakyat Terengganu Darul Iman (Pekerti), Mohd Shuhaimi Embong, Exco Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau), Zulkifli Abdul Razak dan Setiausaha Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti), Rusni Hassan menyerahkan memorandum tersebut  kepada Datuk Seri Ahmad Said di lobi Wisma Darul Iman di sini, kelmarin.

Mengenai pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu mereka mempersoal Kerajaan Negeri yang tidak mengambil kira pandangan Persatuan Pelancong Negeri Terengganu dan peniaga-peniaga sendiri sebelum keputusan dibuat.

"Apakah status pembangunan Pasar Kedai Payang setelah didapati pemaju bermasaalah hutang yang begitu banyak yang berkemungkinan besar boleh menyebabkan pembangunan terganggu?" soal mereka dalam memorandum tersebut.

Status milikan penghuni di Ladang Gemilang pula tidak disahkan secara bertulis melalui surat perjanjian sewa beli dan tiada jaminan kerajaan bahawa perjanjian sewa beli akan ditandatangani setelah perjanjian sewaan telah tamat.

Projek tambakan di Muara Sungai Terengganu pula menunjukkan projek berisiko ini dianugerahkan secara runding terus melalui konsep ‘Design & Build’, walhal kerja penambakan muara sungai memerlukan pemantauan khusus oleh jabatan teknikal kerajaan

Tugas pengurusan dan penyeliaan projek pula diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bukan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kerajaan Negeri juga didakwa melakukan penganiayaan terhadap peniaga-peniaga runcit kecil dan sederhana tempatan akibat daripada keputusan dan tindak-tanduk kerajaan memberi ruang kepada peniaga ‘Hyper Market’ gergasi dari luar.

Syarikat hyper runcit tempatan tidak diberi ruang untuk  bersaing secara sihat dengan syarikat pemborong hyper market gergasi dari luar dan garis panduan yang ditetapkan tidak dipatuhi sehingga lambakan pasaraya berlaku di bandar Kuala Terengganu.

Menurut Mohd Shuhaimi, memorandum tersebut bertujuan memohon pihak Ahmad selaku Ketua Eksekutif kerajaan menyelesaikan pembangunan negeri, dengan tindakan yang baik sesuai slogan kerajaan, ‘Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan’.

"Kami percaya bahawa  Datuk Seri Menteri Besar sebagai Ketua Eksekutif kerajaan Negeri Terengganu mempunyai pengaruh secara langsung mahupun tidak langsung melalui agensi-ajensi kerajaan kepada perkara-perkara yang disebut di atas.

"Kami berdoa semoga penyelesaian dan tindakan yang baik daripada Datuk dapat menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Terengganu sekarang dan juga generasi akan datang selaras dengan slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan’ yang dilaung-laungkan," kata beliau dalam memorandum tersebut.
Justeru katanya, penjelasan dan komitmen Ahmad di dalam perkara tersebut amat-amat dipohon bagi menyelesaikan kebimbangan dan ketidaktentuan nasib rakyat Terengganu.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com