Pages

Tuesday, December 17, 2013

Pesuruhjaya PAS: Saleh ucap tahniah kepada Mohamad

PULAU PINANG: Mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu kerana terpilih sebagai Pesuruhjaya PAS negeri yang baru.

Pemilihan Mohamad jelasnya, amat bertepatan kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sejak dahulu.

Ini tambah beliau, akan menyenangkan persefahaman dan tindakan untuk menjaga kepentingan hubungan dalam Pakatan Rakyat khasnya di Pulau Mutiara ini.

"Pelantikan Haji Mohamad amat tepat demi memanjangkan pertalian dalam perjuangan memartabatkan PAS ke satu tingkat yang lebih baik," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Baginya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir berjanji akan bekerjasama dengan Pesuruhjaya yang baru untuk melincinkan pentadbiran PAS Pulau Pinang sedia ada.

Lagipun sambung beliau, PAS Pulau Pinang memerlukan penjenamaan semula agar kelihatan mantap dan boleh menyaingi parti lain dalam Pakatan Rakyat.
Mohamad juga katanya, harus turun padang menziarahi seluruh cawangan dan kawasan supaya mereka lebih akrab untuk membentuk satu pasukan yang kuat dan kreatif.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 013 991 0717


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com