Hak majoriti 52 peratus - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Thursday, January 16, 2014

Hak majoriti 52 peratus

Biar saya bermukadimah dengan memberi ingatan bahawa apabila saya menulis ini saya tujukan tulisan ini kepada 52 peratus warga Malaysia. Apabila saya bersuara itu adalah suara untuk 52 peratus warga Malaysia. Ingin saya memberi ingatan kepada Najib dan Rosmah bahawa dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat telah mendapat 52 peratus undi manakala United Malays National Organisation hanya mendapat 47 peratus jumlah kesemua undi.

Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi ingatan bukan hanya kepada Rosmah dan Najib tetapi kepada ahli-ahli United Malays National Organistion bahawa 52 peratus itu adalah jumlah majoriti. Manakala 47 peratus itu adalah jumlah minoriti. Ingatan ini juga wajib saya sampaikan kepada konco-konco ketuanan Melayu yang sering terlupa bahawa majoriti rakyat dalam negara ini tidak lagi menyokong United Malays National Organisation.

Saya juga ingin memberi tahu kepada pegawai polis yang baru-baru ini telah menerima lebih dari 1,000 laporan polis terhadap demonstrasi TURUN. Pihak PDRM wajib sedar bahawa dalam negara ini seramai 52 peratus rakyat Malaysia membayar cukai untuk membayar gaji anggota PDRM.

Ini tidak termasuk duit gelap yang dipungut dari tauke lendir dan tauke judi. PDRM juga wajib disedarkan bahawa 52 peratus rakyat Malaysia bersetuju untuk menyokong dan turut sama menjayakan Jalan Raya sebagai wadah dan budaya politik.

Saya juga wajib memberi ingatan kepada media milik United Malays National seperti UtusanBerita Harian dan RTM bahawa akhbar atau saluran TV ketuanan Melayu ini tidak ramai yang menonton, tidak banyak yang melanggan atau membaca.

Justeru akhbar-akhbar ini wajib sedar, tanpa pemaksaan ke atas jabatan kerajaan, ke atas sekolah-sekolah dan syarikat GLC, akhbar, terutama Utusan Malaysia telah lama mampus.

Bukan sahaja tidak ada sesiapa ingin membeli iklan malah diberi percuma pun tidak ramai yang ingin mengambilnya.

Adalah menjadi tugas suci saya untuk mengumumkan secara hitam putih bahawa Suara Keadilan yang dicap sebagai ‘akhbar haram’ kerana tidak ada lesen saban minggu terjual sekali ganda lebih berbanding denganUtusan Malaysia.

Adalah juga menjadi kebanggaan saya untuk memberitahu kepada umum bahawa Malaysiakini dan The Malaysian Insider mendapat antara setengah juga hingga 600,000 pembaca saban hari.

Adalah juga menjadi kebanggaan apabila saya membuka Internet – dalam Facebook, dalam blog dan portal berita, lebih dari 90 peratus posting sedang mengutuk United Malays National Oreganisation dari pelbagai sudut.

Justeru adalah menjadi tugas saya untuk menyatakan secara jelas dalam tulisan ini bahawa apa sahaja kenyataan dari menteri ketuanan Melayu akan diperlekeh oleh anak anak muda dalam Facebook.

Apa sahaja fatwa fatwi dari mufti upahan, ustaz dan ustazah, lebai dan 'lebaiah' – yang dibaca sebagai suara simpati kepada parti ketuanan Melayu – akan diketawakan oleh anak-anak muda dalam Facebook.

Malah perangai dan sikap Raja-Raja yang dibaca sebagai menyokong United Malays National Organsiation akan mendapat ‘maki hamun ‘ oleh anak muda dalam Facebook tanpa takut dan berselindung.

Kenapa semua ini berlaku? Jawabnya cukup senang. Untuk menemui jawapan kita tak perlu pergi belajar sains politik ke Yale atau ke Havard. Keadaan politik Malaysia menjadi sedemikian kerana 52 peratus majoriti rakyat negara ini tidak lagi percaya, tidak lagi menyokong dan mahu menggulingkan kerajaan Najib-Rosmah.

Sayugia diberi ingatan bahawa menggulingkan kerajaan itu bukan satu kesalahan. Anwar Ibrahim mahu menggulingkan Najib Razak. Mahfuz Omar mahu menggulingkan Mukhriz Mahathir. Tok Pa dari Jeli ingin menggulingkan kerajaan PAS di Kelantan. Noh Omar ingin menggulingkan Khalid Ibrahim di Selangor. Najib Razak telah berjaya menggulingkan Nizar di Perak. Justeru guling menguling ini adalah satu cerita biasa.

Di United Kingdom John Major telah digulingkan oleh Tony Blair yang kemudiannya digulingkan oleh Gordon Brown yang kemudian digulingkan oleh David Cameron. Di Washington DC Obama telah gagal digulingkan oleh Mitt Romney. Di Australia Tony Abott telah berjaya menggulingkan Julia Gillard.

Justeru, anak-anak muda, justeru rakyat Malaysia tidak perlu takut apabila mendengar projek menggulingkan kerajaan. Tulisan yang sedang tuan tuan baca ini adalah juga sebahagian dari projek untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation. Tulisan ini menyebar maklumat dengan tujuan untuk menggulingkan Najib dan Rosmah.

Guling dan menggulingkan kerajaan itu adalah satu lumrah dalam dunia politik. Malah tugas utama para politikus ialah menggulingkan musuh politik untuk mengambil alih kuasa. Di Filipina, Marcos telah digulingkan oleh Corazon Aquino. Di Iran Shah Ahmad Reza Pahlevi telah digulingkan oleh Ayatollah Khomenei. Di Indonesia Presiden Suharto telah digulingkan oleh anak muda mahasiswa pada tahun 1997.

Justeru menggulingkan sesebuah kerajaan bukan satu yang pelik. Bukan satu yang ganjil. Malah satu perkara biasa yang berlaku setiap hari. Dalam politik, guling mengguling ialah tujuan utama.

Demonstarsi TURUN menentang kenaikan harga barang di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember lalu memperlihatkan kepada kita sekali lagi taktik muflis United Malays National Orgabisation. Dengan menggunakan NGO dan laporan polis akhbar Utusan Malaysia telah melalak saban hari dalam usaha untuk menakut-nakutkan anak-anak muda dari turun berdemo.

Laporan polis dari pelbagai NGO – dari bersongkok tinggi, bersongkok leper, berketayap, bertudung merah hingga yang berdestar sebagai pahlawan telah dilaporkan oleh Utusan. Semuanya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama anak-anak muda agar jangan turun berdemo di Dataran Merdeka.

Walau pun ada lebih dari 1,000 laporan polis terhadap demo TURUN, tidak seorang pun ambil pot. Ini terbukti apabila lebih dari 20,000 anak anak muda berbaju hitam telah turun ke Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru 2014. Tak ada siapa ambil pot apabila Utusan menggertak.

Kenapa tak ada siapa ambil pot walau pun ada ancaman yang datang? Jawabnya senang sahaja. Orang ramai TIDAK ambil pot kerana mereka mewakili 52 peratus dari jumlah rakyat Malaysia. Jumlah 52 peratus ini adalah majoriti. Utusan Malaysia dan United Malays National Organisation boleh menelentang, boleh meniarap, boleh merangkak, boleh menonggeng untuk membantah Demo TURUN. Tak ada siapa ambil pot. Mereka bukan suara majoriti.

Hakikatnya kerajaan Najib-Rosmah hari ini bukan kerajaan yang mewakili rakyat. Rakyat Malaysia tahu bahawa 47 peratus undi yang didapati oleh Najib dan Rosmah bukan hasil sokongan rakyat. Jumlah 47 peratus itu adalah undi tipu. Undi hasil dari pemberian kad pengenalan kepada pendatang haram di Sabah. Undi tipu yang dirancang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Penipuan berlaku apabila 240,000 pengundi awal telah mengundi berkali-kali kerana dakwat Kekal tidak kekal.

Hakikatnya United Malay National Organisation dan konco-konco Ketuanan Melayu mendapat kuasa dengan cara tipu. Justeru segala apa sahaja dasar, segala apa sahaja rancangan yang dibentuk oleh kerajaan Najib-Rosmah ini adalah tidak mewakili kepentingan majoriti rakyat negara ini.

Kerajaan yang hanya mendapat 47 peratus dari jumlah undi. Ini adalah kerajaan yang lemah. Ini jelas dilihat dari apa yang berlaku sekarang ini. Najib dilihat tidak memiliki keupayaan untuk menguruskan pentadbiran negara. Jika 52 peratus rakyat negara ini telah menolak Najib dan Rosmah pasti pada saat ini ramai penjawat awam dalam pentabiran kerajaan telah bersedia untuk melakukan ‘sabotaj’ kepada Najib dan Rosmah.

Justeru kita lihat satu demi satu kisah boros Rosmah bocor. Rakyat Malaysia kini mengetahui bagaimana Rosmah telah menggunakan kapal terbang resmi kerajaan untuk pergi bercanda-canda ke luar negara. Siapa yang membocorkan ‘kisah Rosmah' ini? Jawabnya pastilah “orang dalam’ yang telah muak dan bosan dengan kerenah Rosmah.

Kepada 47 peratus warga Malaysia yang menjadi penyokong dan menjadi konco-konco United Malays National Organisation, adalah tugas saya untuk memberi tahu bahawa kamu memiliki muka tebal yang amat tebal. Di sini saya berani merakamkan hitam putih bahawa 47 peratus pengundi ini tidak lagi memiliki keupayaan untuk berfikir. Wilayah antara dua telinga mereka terbukti kosong.

Kepada ahli-ahli United Malays National Organisation saya ada satu soalan. Tidakkah kamu sedar apa yang telah berlaku di perhimpunan agong kamu yang baru berlangsung? Apakah kamu terlalu bebal untuk memahami ucapan Najib Razak? Atau apakah kamu semua telah menjadi pekak badak?

Dalam sejarah parti politik dalam negara ini dan juga di luar negara tidak pernah terjadi seorang pemimpin negara meminta entot sebagai upah. Wahai ahli United Malays National Organisation apakah kamu lupa dalam ucapan penggulungan presiden parti kamu, Najib Razak secara terbuka telah memuji Rosmah Mansor. Pujian ini dilakukan dengan harap ‘saya mendapat upah malam ini’.

Dalam sejarah politik dunia semenjak zaman Firaun lagi tidak pernah terhambur dari mulut seorang raja, dari mulut seorang Shah, seorang Al-Malik, seorang dikator presiden, perdana menteri atau pemimpin negara memberi pujian kepada isterinya dikhalayak umum sebegitu. Tidak adalah kehinaan yang paling hina dari apa yang telah berlaku di perhimpunan agong ketuanan Melayu baru-baru ini.

Lalu kita kembali kepada hak 52 peratus warga Malaysia yang telah memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat. Kami – 52 peratus rakyat Malaysia – merasa mual dan loya apabila membaca berita ‘pujian’ Najib kepada Rosmah. Kami merasa terhina kerana negara ini masih ditadbir oleh Najib dan Rosmah.
Jika anak anak muda, jika mahasiswa pelajar, jika pejuang Facebook, jika laman laman portal terus berkempen menibai dan memperlekeh Najib dan Rosmah ini bukan satu yang luar biasa. Ini kerana mereka jelik melihat Rosmah dan Najib. Justeru jika 52 peratus rakyat Malaysia yang telah memberikan undi kepada Pakatan bercita-cita dan merancang untuk menggulingkan Najib dan Rosmah, ini bukan satu perkara yang pelik dan mustahil. Ini hak majoriti.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com