Pages

Wednesday, January 15, 2014

Saifudin Abdullah tuntut pengerusi SPR dipecat

OLEH EILEEN NG JANUARY 14, 2014

Datuk Saifudin Abdullah bercakap di majlis pelancaran buku dan perbincangan di dewan perhimpunan Cina di Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Januari, 2014.












Datuk Saifudin Abdullah bercakap di majlis pelancaran buku dan perbincangan di dewan perhimpunan Cina di Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Januari, 2014.
Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.

Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.
"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).
"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi.
Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka.
Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan ini datang ketika bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa.
Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz baru-baru ini berkata, Pakatan Rakyat perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Pakatan tidak akan menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya itu kalau ia dikendalikan oleh ahli SPR yang ada.
Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.
"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.
"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.
"Bagaimanapun, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu. – 14 Januari, 2014...http://www.themalaysianinsider.com

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com