Pages

Wednesday, January 8, 2014

Kelantan akan bantu mangsa kebakaran - MB

.

RANTAU PANJANG: Kerajaan Negeri Kelantan memberi jaminan akan menghulurkan bantuan kepada pemilik kedai yang terlibat dalam kebakaran di sini lewat malam tadi.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan itu akan dihulurkan melalui Tabung Serambi Mekah.

"Takziah saya rakamkan kepada mangsa yang terlibat. Saya memberikan komitmen untuk menghulurkan bantuan melalui Tabung Serambi Mekah sebagaimana amalan biasa. 

"Bantuan ini akan disampaikan sebaik sahaja selesai kerja-kerja menyenaraikan mangsa yang terlibat," katanya.

"Sekalipun bantuan ini mungkin tidak menanggung keseluruhan kos, saya harap ia mampu meringankan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang rata-ratanya terdiri daripada peniaga kecil-kecilan," ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas meninjau keadaan Pasar Besar Rantau Panjang pagi tadi yang hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Dalam kejadian itu, kira-kira 74 buah kedai milih pribadi musnah sama-sekali termasuk barangan perniagaan masing-masing.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Disamping itu, Ustaz Ahmad turut mengucapkan syabas kepada pihak bomba yang telah bertungkus lumus memadam api dari terus merebak.


IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222


Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drusilastore.blogspot.com