Pages

Monday, April 21, 2014

Ubah orang vs Ubah diri sendiri

Oleh : Myfendi 

Antara kerjaya yang mendapat pulangan tinggi di dunia ini ialah kerjaya ubah orang. Ubah orang jahat jadi baik, ubah orang malas jadi rajin, ubah orang bodoh jadi pandai, ubah orang jahil jadi berilmu, ubah orang sakit jadi sihat, ubah kaki bangku jadi pemain bola sepak profesional, ubah imej dan penampilan selekeh kepada ala-ala orang kaya dan macam-macam lagi. Untuk itu lahirlah kerjaya kaunselor, guru, pensyarah, doktor, ustaz, jurulatih bola sepak, juru perunding imej dan bermacam kerjaya lagi.

Selain dari itu ubah orang juga menjadi satu perniagaan yang menguntungkan. Contohnya ubah orang untuk jadi ketawa melalui cerita atau filem komedi, ubah orang jadi takut melalaui filem seram dan ubah orang jadi romantik melalui filem-filem cinta. Kos untuk mengubah orang ini  menelan belanja jutaan ringgit modal. Dan jika ramai yang dapat di ubah jutaan ringgit juga berjaya dikaut sebagai keutungan. Sekarang ni ramai yang nak ubah orang dari berani menjadi takut, sebab itulah cerita-cerita seram selalu mendapat box office.
Ada juga kerjaya untuk ubah orang dari lelaki menjadi perempuan, ubah kedut di muka menjadi licin macam telur dikupas dan ubah  rupa yang tua menjadi muda. Ada yang guna ubat ada yang guna pembedahan dan sebagainya.
Untuk mengubah orang bukannya senang. Mengubah fizikal, mengubah bakat, mengubah ilmu dan mengubah kemahiran tidaklah semudah MENGUBAH SIKAP. Sikap sangat sukar diubah kerana ianya menjadi sebahagian dari diri seseorang.
Malaysia dah merdeka lebih 53 tahun. Namun jika kita lihat sikap tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan, buang sampah di merata-rata masih menjadi sebahagian sikap yang sukar untuk di ubah. Kerajaan  boleh memperuntukkan berjuta ringgit untuk kempen atau kerja-kerja penyelenggaraan sampah. Tetapi selagi sikap kita tidak berubah, selagi itulah kita lihat sampah sarap dibuang di merata-rata. Tidak hairanlah Mingguan Malaysia 23 Januari 2010 melaporkan, secara perbandingan sampah yang dihasilkan dalam tempoh lima hari sahaja boleh menutupi seluruh negeri Perlis yang berkeluasan 810 kilometer persegi.
Budaya menjaga kebersihan, tidak buang sampah merata-rata dan hargai kemudahan awam perlu bermula dari diri sendiri. Nak ubah sikap orang memang susah. Yang penting ubah sikap kita dahulu. Kemudian ahli keluarga terdekat, lepas tu barulah mesyarakat.  Setiap kita perlu memastikan kebersihan diri, rumah, halaman rumah dan  ruang kerja di pejabat bersih dan tersusun  terlebih dahulu. Kalau di halaman rumah kita pun bersepah dan belakang rumah kita pun bersemak samun, jangan haraplah nak ubah orang lain atau nak ubah dunia.
Mula kan dari diri kita telebih dahulu. Semoga dengan membudayakan ubah diri suatu hari nanti orang akan berubah tanpa kita perlu mengubah. Dari positif kepada negatif, bukan sebaliknya.Ubah diri sendiri dahulu dan dunia akan berubah.Mahatma Gandhi pernah berkata ”Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita tetapi meminjamkannya daripada generasi yang akan datang – myfendi.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com