Pages

Friday, September 26, 2014

10 ADUN PR Selangor angkat sumpah bagi penggal 2013-2018

KELANG: Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Selangor hari ini selesai angkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi penggal 2013-2018.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Akujanji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan berlangsung penuh istiadat dihadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah di Klang bermula pukul 3 petang tadi.

10 ADUN PKR Selangor angkat sumpah bagi penggal 2013-2018
Upacara pelantikan sumpah itu telah berlangsung dihadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah hari ini. Foto Fail


Adun Sungai Pinang Datuk Teng Chang Khim mendahului upacara angkat sumpah, diikuti Iskandar Samad (Cempaka), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan), Dr Ahmad Yunus ‎Hairi (Sijangkang) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Kemudiannya giliran V.Ganabatirau (Kota Alam Shah), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amiruddin Shari (Batu Caves) dan Mohd Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Sambil memegang Lembing Sembuana, 10 Adun terbabit melafazkan sumpah jawatan dan 10 ikrarAku Janjidihadapan Sultan Sharafuddin.

Mereka kemudiannya menandatangani surat cara pelantikan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan kemudiannya mendapat perkenan Sultan.

Turut hadir menyaksikan upacara adalah kerabat diraja, pembesar istana, serta pegawai tinggi kerajaan negeri.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/10-adun-pkr-selangor-angkat-sumpah-bagi-penggal-2013-2018-44777?cp.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com