Pages

Friday, September 26, 2014

WAKIL RASMI PULAU PINANG DI MUKTAMAR PAS DIBEKUKAN KEISTIMEWAAN SEBAGAI AHLI MAJLIS PERBANDARAN

Kuala Lumpur, 27hb September 2014 - Kerajaan Pulau Pinang telah mengambil tindakan ke atas salah seorang Ahli Jawatankuasa Tetap , Majlis Perbandaran Pulau Pinang, En. Iszuree bin Ibrahim. Ianya telah disahkan oleh pihak wartawan kami melalui sumber terdekat dengan beliau yang boleh dipercayai.
Menurut maklumat awal yang kami terima, beliau merupakan perwakilan rasmi Pulau Pinang yang berbahas dalam Muktamar Tahunan PAS kali baru-baru ini.
Menurut surat rasmi bertarikh 26hb September 2014 yang ditandatangani oleh Setiausaha Perbandaran itu, En Iszuree Ibrahim dikeluarkan dari semua Jawatankuasa tetap, Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Beliau turut diambil tindakan dibekukan dari semua peruntukan yang telah diberikan sebelum ini sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Dalam muktamar tersebut dilaporkan En Iszuree Ibrahim sebagai wakil rasmi PAS Pulau Pinang itu telah memberikan nasihat supaya rakan Pakatan Rakyat bersifat terbuka dan tidak bersikap sombong sesama rakan Pakatan Rakyat yang lain.
Dalam ucapan beliau tersebut turut menyentuh tentang polisi perumahanan. Beliau telah menasihatkan agar Kerajaan Pulau Pinang supaya tidak mengamalkan polisi mesra pemaju sepertimana yang dipelopori kerajaan BN.
Beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Lajnah Tanah dan Peneroka Pas Pusat yang banyak terlibat dengan isu-isu penindasan tanah rakyat, telah mencadangkan kepada kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP untuk bersikap membela rakyat yang ditindas oleh pemaju.
Beliau bertindak demikian di dalam muktamar selepas memorandum rasmi Pas Pulau Penang yang di persetujui oleh Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya tidak mendapat respon yang baik daripada ketua menteri.
Menurut sumber lagi, selepas mendapat persetujuan daripada pesuruhjaya Pulau Pinang merangkap Timbalan Presiden PAS, beliau telah membangkitkan perkara tersebut di dalam muktamar baru-baru ini..

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com