Pages

Saturday, September 27, 2014

Tunjuk perasaan di Tamil Nadu, rakyat Malaysia dinasihat tidak keluar rumah

Tunjuk perasaan di Tamil Nadu, rakyat Malaysia dinasihat tidak keluar rumah
Jayalalithaa dijatuhi hukuman penjara empat tahun - AFP PHOTO/ Manan VATSYAYANA
CHENNAI: Rakyat Malaysia yang berada di negeri selatan India, Tamil Nadu dinasihatkan agar tidak keluar dari kediaman mereka selepas kekecohan dan tunjuk perasaan tercetus sejurus Mahkamah Khas negara itu mendapati Ketua Menteri J. Jayalalithaa bersalah mengumpulkan harta di luar kemampuannya.

Jayalalithaa dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dihalang dari turut serta dalam politik selama 10 tahun.

Konsul Besar Malaysia di Cheenai, Chitra Devi Ramiah ketika dihubungi Bernama berkata rakyat Malaysia telah diberikan amaran terutatamanya golongan pelajar.

“Ketika ini adalah dilaporkan, rakyat Malaysia termasuk pelancong berada dalam keadaan selamat dan tiada isu keselamatan dilaporkan kepada Konsul Besar,” katanya.

Dianggar terdapat 5,000 pelajar Malaysia kini belajar di negeri-negeri di selatan India.



Jayalalithaa didakwa pada 1997 kerana memiliki kekayaan dengan cara haram di mana pihak polis turut merampas lebih 28 kilogram emas dan 10,000 pasang kain sari.

Dia juga menerima jolokan 'Imelda Marcos' kerana memilik lebih 750 pasang sepatu.

Aset tertuduh pula merangkumi dua hartanah dengan keluasan melebihi 1,000 ekar persegi, kekayaan yang jauh dari sumber pendapatannya sebagai Ketua Menteri ketika tempoh dia memerintah dari tahun 1991 hingga 1996.
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com