Pages

Saturday, September 27, 2014

Kritik DAP anda akan dibuang...




Pada 19hb September 2014 yang lalu seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim dalam muktamar PAS di Batu Pahat telah mendakwa dasar pembangunan Kerajaan Negeri adalah sama seperti Umno/BN.

Kenyataan beliau ini dianggap sebagai musuh dalam selimut kerana dikatakan dengan semberono memfitnah Kerajaan Negeri mengamalkan dasar pembangunan ala BN.

Akibat dari kenyataan beliau itu, Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MMK) pada 25hb September 2014 telah bermesyuarat dan memutuskan mengeluarkan Sdr Iszuree Ibrahim dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta merta dan semua peruntukan dibekukan.

Sepucuk surat dikeluarkan tentang pemberitahuan keputusan itu.

Bahasa yang digunakan agak mild iaitu mengeluarkan tetapi hakikatnya beliau dipecat atau ditamatkan atau diberhentikan atau dibuang.

Tidaklah diketahui sama ada suatu penjelasan dipohon dari Sdr Iszuree Ibrahim ataupun tidak tetapi adalah tu kot sebab Kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan sikap dan slogan CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS (C.A.T)

Sebagai kerajaan CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS (C.A.T) sudah pasti surat tunjuk sebab dikeluarkan untuk mendapatkan penjelasan secara bertulis sebelum menjatuhkan hukuman pecat.

Oleh itu mohon pihak yang terlibat memberikan respon dengan berfakta dan bukti demi pencerahan dan kebenaran mengenai surat ini.

CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS (C.A.T)
.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com