Pages

Sunday, October 12, 2014

Ganti Ulas ISU PESTA ARAK

KENYATAAN MEDIA GANTI - 12HB OKTOBER 2014
ISU PESTA ARAK
Saya fikir sudah menjadi pengetahuan semua orang Islam bahawa Islam tak melarang bukan Islam jika mahu meminum arak. Apa yang haram dan halal dalam Islam adalah untuk orang2 Islam misalnya minum arak, makan babi, ular atau biawak.
Akan tetapi ada norma norma, tabiat tabiat yang baik dan tak baik yang diterima oleh semua kaum dan agama yang bukan saja terpakai di Malaysia tapi juga berlaku di semua negara bertamadun.
Misalnya merokok. Walau pun tidak salah dari segi undang undang, tapi ia tabiat yang diterima sebagai buruk oleh semua orang. Kerana itu tiada pemimpin masyarakat yang waras akalnya akan menayangkan kepada masyarakat aksi yang seolah menggalakkan budaya merokok.
Begitu juga judi. Semua kaum terima ia sebagai tabiat yang buruk. Adalah sangat hodoh dan tak boleh diterima sekiranya pemimpin yang menunjukkan aksi dan gaya di kasino seperti berbangga denga aksinya berjudi.
Dalam isu arak. Perkara yang sama juga. Arak tak dianggap tabiat yang baik oleh semua kaum. Di mana-mana pun dalam dunia ada kempen anti arak.
Di Malaysia yang dicatat pada tangga ke 10 oleh Word Health Organisation (WHO) sebagai pengguna arak pada tangga ke sepuluh terbesar di dunia pada tahun 2011, telah banyak dibuat pelbagai kempen anti dan kawalan arak termasuk oleh Selangor Chinese Assembly Hall.
Sangat pelik dan hodoh jika pemimpin masyarakat pula yang menunjuk aksi seolah olah berbangga dengan aksinya meminum arak.
Mereka mahu minum arak itu pilihan mereka sebagai bukan Islam yang tak tertakluk kepada hukum halal haram yang ada dalam Islam. Islam tak menyekat hak mereka.
Kerana itu dibuat garis panduan. Garis Panduan yang digubal dengan penyertaan pemimpin2 masyarakat bertujuan mengawal apa yang diterima sebagai ancaman kepada kehidupan bermasyarakat jika tak dikawal.
Pemimpin2 akan dihormati jika terlibat dalam kempen kesedaran untuk berubah kepada gaya hidup yang sihat dan terlibat dalam penggubalan dasar yang mengawal gejala tidak sihat.
Jika pemimpin dilihat bertindak berlawanan arah. Itu sudah kelihatan songsang.
Cuma yang jadi perbezaan besar dengan orang Islam, perbuatan tersebut adalah dihukumkan haram dan satu dosa yang akan diadili di hari akhirat.
Bukan sahaja kepada peminum arak, tapi kepada mereka yang bersekongkol dalam menggalakkannya.
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf
GANTI DENGAN YANG LEBIH BAIK.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com