Pages

Sunday, October 12, 2014

‎Perjanjian air Selangor terancam, Putrajaya perlu muktamadkan segera kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bimbang kerana terdapat perkembangan baru yang membimbangkan dan mungkin menyebabkan perjanjian penstrukturan air dengan Selangor tidak dapat dilaksanakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2014.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bimbang kerana terdapat perkembangan baru yang membimbangkan dan mungkin menyebabkan perjanjian penstrukturan air dengan Selangor tidak dapat dilaksanakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2014. Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Azmin menyuarakan kebimbangan beliau memandangkan terdapat perkembangan baru yang membimbangkan dan mungkin menyebabkan perjanjian itu tidak dapat dilaksanakan.
"Saya tidak mahu mendedahkan sekarang... ancaman itu daripada peringkat kerajaan Pusat," kata Azmin kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran di Masjid Al Iman, Hulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, beliau turut mengharapkan agar perjanjian itu dihormati semua pihak.
"Tetapi semua pihak perlu menghormati pelaksanan penstrukturan ini," katanya.
Azmin berkata beliau juga menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili untuk memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri Selangor mendedahkan kandungan air tersebut kepada umum.
Beliau berkata, pihaknya menerima tiga salinan asal ketiga-tiga perjanjian penstrukturan air tersebut, namun dokumen itu dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Kesemua tiga perjanjian ini terikat dengan OSA.
"Ini bukan soal keselamatan, tiada sebab dilindungi," katanya.
Azmin pada 2 Oktober dilaporkan berkata beliau akan meneliti perjanjian penstrukturan semula bekalan air di negeri ini dengan mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) memberi taklimat tentang proses tersebut.
Azmin berkata, taklimat itu penting bagi membolehkan barisan Exco yang baru dilantik mengetahui secara lebih terperinci kandungan perjanjian berkenaan.
Menurutnya, langkah tersebut dibuat bagi memastikan kepentingan penguna dan rakyat adalah terjamin dalam perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri dan Persekutuan itu.
Kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Khalid memeterai perjanjian pengambil alihan tiga syarikat konsesi dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh kerajaan Selangor.
Sebuah lagi sarikat konsesi, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) bagaimanapun menolak tawaran tersebut. – 9 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perjanjian-air-selangor-terancam-putrajaya-perlu-muktamadkan-segera-kata-az#sthash.iiKDrUdm.dpuf.

IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] send 0199910 5222
Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com