JUHARIOsman menunjukkan berita palsu di laman sosial Facebook mengenai kejadian melibatkan anak bongsunya yang di dakwa membunuh anaknya sendiri sebelum membunuh diri di Utradit, Bangkok, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai. - Foto Amran Hamid
IKLANKAN PRODUK ANDA
JITRA: Bapa kepada wanita yang viral di laman sosial kerana dikatakan membunuh diri di Utradit, Bangkok, hari ini menafikan kejadian itu. Juhari Osman, 64, bapa kepada Nurulhuda Juhari, 33, berkata kejadian yang diviralkan itu adalah tidak benar dan anaknya masih hidup serta tidak pernah menetap di negara jiran.
Baru-baru ini, viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp menunjukkan kononnya Nurulhuda membunuh diri di Utradit dengan menembak diri sendiri setelah menembak anak lelakinya akibat kecewa dengan kecurangan suaminya.
Juhari percaya penyebaran gambar MyKad anaknya itu dibuat pihak tertentu yang ingin memfitnah mereka sekeluarga, kerana anaknya baru sahaja kehilangan MyKad. "Mungkin mereka guna MyKad anak saya yang hilang dan reka cerita ini.
Anak saya dan cucu lelaki berusia enam tahun masih hidup dan sedih apabila ada orang sanggup fitnah perkara seperti ini membuatkan emosi kami sekeluarga terganggu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai, di sini, hari ini. Bagaimanapun Nurulhuda yang masih trauma sehingga kini, masih enggan ditemui media. - BERNAMA JUHARI
Osman memeluk cucunya, Mohd Arif Izwan yang dilaporkan kononnya meninggal dunia akibat dibunuh oleh ibu sendiri yang tersebar di laman sosial Facebook mengenai kejadian di Utradit, Bangkok, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai. - Foto Amran Hamid
BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com