Pages

Saturday, February 20, 2016

Musuh guna ‘Rahmatan Lil Alamin’ perangkap umat Islam

Akhir-akhir ini sering muncul ungkapan Islam Rahmatan lil’alamin, suatu slogan yang diketengahkan untuk mempromosikan versi Islam yang ‘progresif’, ‘moderat’ dan liberal.
Tanpa disedari dalam benak fikiran orang ramai telah tersemai bahawa terdapat banyak Islam, bergantung kepada pentafsiran masing-masing untuk mengamalkan versi yang disukainya.

Sehingga golongan yang memusuhi Islam pun mempergunakannya untuk kepentingan mereka.
Islam rahmatan lil’alalmin bagi mereka adalah Islam yang menerima sekularisasi dan liberalisasi agama, Islam yang meraikan LGBT, hak murtad, pluralisme agama, hak mengembangkan ajaran sesat dan lain-lain.
Pendek kata Islam yang sentiasa berkembang menyantuni kemodenan ciptaan Barat.
Ketahuilah bahawa ia adalah strategi untuk mengkotak-katikkan umat Islam, agar kita saling bertelagah sesama sendiri, pihak yang menentang dianggap menganut Islam yang jumud, konservatif dan fundamentalis.
Umat Islam perlu berhati-hati agar tidak masuk ke dalam jerangkap samar ini, menggadaikan akidah dan jati diri sebagai seorang Muslim agar tidak merasa terasing dalam dunia yang semakin hilang arah.
Islam adalah rahmat kepada seluruh umat manusia, bahkan kepada seluruh alam. Sifat rahmat ini telah sejak mula bersama Islam dan tidak pernah terpisah daripadanya.
Ia adalah Islam yang sama yang dibawa oleh Rasulullah saw dan para pewaris baginda para ulama’ yang benar sehingga ke hari ini.
Ia bukan Islam yang baru, yang dicipta oleh kaum modenis dan liberal, yang mencuba untuk merungkai yang lama untuk digantikan dengan yang baru yang dianggap lebih baik oleh mereka.
Islam tidak berkembang, ia telah sempurna sedari awal lagi. Yang berubah adalah orang Islam, ada ketikanya mereka benar-benar mencerminkan keindahan Islam dan ada ketikanya mereka mengotorkan imej Islam.
Prof Madya Dr Khalif Muammar A Haris
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana...

IKLANKAN PRODUK ANDA





IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com