BANGI, Selasa – Sebuah blog mendedahkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meluluskan sumbangan sebanyak RM40,000 untuk program persatuan Freemason.
Menurut maklumat menerusi Karim’s Blog hari ini menunjukkan satu gambar surat daripada setiausaha sulit Guan Eng yang menyatakan kelulusan daripada Ketua Menteri negeri itu untuk program ‘International Scottish Masonic Conference 2016’.
“Dikhabarkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tidak senang dengan kebocoran surat pengesahan rasmi derma yang dipersetujui oleh Pejabat Joseph Lim Guan Eng kepada Persatuan FREEMASON
“Apakah agenda Lim Guan Eng untuk meluluskan program sedemikian rupa?,” kata blog itu.
Surat bertarikh 8 Disember 2015 itu jelas menyebut kelulusan Guan Eng kepada persidangan yang dijadualkan bakal berlangsung di sebuah hotel di Batu Ferringhi, Pulau Pinang bermula esok hingga 26 Februari ini.
Sebelum ini, sembilan bandan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi membantah persidangan itu ekoran bimbang kesan kepada umat Islam negeri itu.
Pertubuhan Freemason ini sering dikaitkan dengan Yahudi dan teori konspirasi terhadap orang Islam.
..
IKLANKAN PRODUK ANDA
BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com