Pages

Thursday, March 10, 2016

Jabatan Pendakwaan Syariah; Sultan rakam tahniah

Kota Bharu – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana menjadikan Kelantan negeri pertama di Malaysia menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syariah yang berasingan dari Pentadbiran Mahkamah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
DSC04384Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah dirasmikan pada 28 Disember 2015 oleh YAB Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob.
Ucapan tahniah baginda disampaikan dalam titah perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Negeri Kelantan Ke 13 Tahun 2016 di Kompleks Kota Darul Naim.
Bidang pertanian khususnya ‘Bertani Satu Ibadah’ dan ‘Dapur Hijau’ turut menarik perhatian Tuanku as-Sultan.
Kelantan telah mencatat pengeluaran hasil pertanian melebihi tahap sara diri ‘Self Sufficiency Level’ (SSL). Tanaman padi mencapai SSL 116.9% dan buah-buahan mencapai SSL 167.3%.
“Beta berharap Kerajaan Negeri akan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian yang lain seperti sayur-sayuran yang kini mencapai tahap sara diri SSL 78% selaras dengan Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan.
Usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan program ‘Dapur Hijau’ diharap dapat mewujudkan suasana kampung yang indah, bersih dan menawan serta meningkatkan sumber pendapatan isi rumah, di samping dengan penubuhan Darul Niswah yang berperanan sebagai Pusat Sehenti Pembangunan Wanita Kelantan dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka,” titah baginda.
DSC04393Tuanku as-Sultan mengingatkan Kerajaan agar sentiasa menambah baik pentadbiran negeri dengan menekankan aspek inovasi selari dengan dasar Membangun Bersama Islam.
Mesyuarat Dewan Undangan Negeri berlangsung selama dua hari pada 8 dan 9 Mac...

IKLANKAN PRODUK ANDA






IKLAN BERBAYAR - SMS [ IKLAN] WHATSAAP : 019 910 5222 / 013 929 9944

Nabi Muhammad bersabda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com