Kota Bharu – YAB Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob menasihatkan ADUN Salor, Dato’ Husam Musa hadir mesyuarat bagi mendapatkan maklumat terkini dan gambaran yang jelas berkaitan perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Ustaz Ahmad menyifatkan perkara yang dibangkitkan Husam sepatutnya tidak berbangkit sama sekali seperti isu pembalakan di Ulu Tersat yang telah lama selesai. Husam turut mempersoal kerajaan berikutan kelulusan tender kepada Liziz Plantation.
“Kalaulah sahabat kita Salor datang dalam pre council dan juga mesyuarat Perhubungan, jelas benda ini tak ada masalah. Kita boleh beri dengan sejelas-jelasnya in sha Allah,” jelas Ustaz Ahmad ketika menggulung perbahasan yang dibangkitkan ahli dewan.
Sebelum itu, beberapa wakil rakyat dari pihak kerajaan turut menegur tindakan Husam yang dilihat tidak kena pada waktu dan tempatnya di samping mengemukakan fakta yang tidak tepat dan terkini boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan yang diterajui YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob...
BUNCIT?... MIGRAN??... STRESS??... KENCING MANIS??... GOUT??... BUASIR??... STROKE?? KEMBALI KPD PERUBATAN mengikut al-quran dan hadis... http://drsunnah.com