Pages

Thursday, May 18, 2017

2 lelaki Aceh terlibat hubungan luar tabii dihukum sebat 85 kali

JAKARTA 17 Mei – Sebuah mah­ka­mah di wilayah Aceh menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 85 kali kepada dua orang lelaki kerana terbabit dalam hubungan luar tabii.


Kedua-duanya yang berusia 20 dan 23 tahun, akan menjadi pesalah pertama yang dirotan di hadapan khalayak ramai sejak kod akta jenayah Islam berkaitan seks luar nikah, termasuklah hubungan homoseksual disemak semula sejak dua tahun lalu.

Beberapa saksi berkata, ke­dua-dua pesalah tidak membe­ri­kan sebarang jawapan balas apabila ditanya oleh juri sama ada mereka bersedia menerima hukuman atau tidak.

Malahan, salah seorang daripada mereka dilihat menitiskan air mata apabila disabitkan kesalahan.

Kedua-duanya ditahan selepas penduduk tempatan menyerbu bilik sewa mereka di Banda Aceh dan menyerahkan mereka kepada polis pada Mac lalu.

Dalam satu rakaman yang men­jadi tular di Youtube, salah seorang daripada mereka dilihat dikelilingi oleh penduduk tempatan dalam keadaan dirinya bertelanjang.

Di bawah kod jenayah Islam Aceh, pesalah seks luar nikah boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 100 kali.


Kerajaan Indonesia sebelum ini telah menyekat aplikasi te­lefon pintar yang berkonsep mencari pasangan sama jantina dalam usaha menyekat penularan seks luar tabii di negara itu. – dpa

=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)