Exco sambut baik titah Sultan Selangor kekal barisan MMKN - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Friday, May 26, 2017

Exco sambut baik titah Sultan Selangor kekal barisan MMKN

OLEH SYAZWANI SUFIAN
SHAH ALAM, 25 MEI: Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim menyambut baik titah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan untuk mengekalkan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor sedia ada sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Chang Khim dalam kenyataannya berkata, kestabilan politik dalam Selangor masa ini penting untuk Kerajaan Negeri meneruskan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
“Negeri ini memerlukan kestabilan politik untuk mengekalkan kedudukannya sebagai megeri yang paling maju dan menarik kepada pelabur asing.
“Oleh itu, keharmonian di negeri ini perlu dipelihara demi menjamin penyampaian kepada rakyat yang dijanjikan ketika PRU dapat disempurnakan Kerajaan Negeri,” katanya,
Katanya, hasrat dan mandat rakyat kepada Kerajaan Negeri ketika PRU harus dihormati khususnya apabila Kerajaan Negeri masih mempunyai sokongan keyakinan lebih dari 2/3 Ahli Dewan Negeri.
Chang Khim berkata, Selangor berjaya mengekalkan kedudukannya selama 20 tahun sebagai negeri yang memperoleh bilangan projek pelaburan tertinggi di Malaysia iaitu 242 projek, tahun lalu.
“Pencapaian sedemikian tidak mungkin dikecapi tanpa kestabilan politik. Selain itu, Selangor juga berjaya mengekalkan kedudukannya sebgai penyumbang terbesar kepada KDNK negara iaitu 22.6 peratus, pada 2015,” katanya
Hari ini, Sultan Sharafuddin berkenan mengekalkan tiga Exco PAS Selangor dalam Kerajaan Negeri sehingga PRU akan datang.
Tuanku bertitah dan berkenan untuk mengekalkan mereka dalam Kerajaan Negeri bagi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhan selain mahu usaha pembangunan Selangor terus dilaksanakan.
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)