Persembahan Ucapan Menjunjung Kasih D.Y.M.M Sultan Selangor - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Thursday, May 25, 2017

Persembahan Ucapan Menjunjung Kasih D.Y.M.M Sultan Selangor

Kenyataan Media Presiden PAS
PERSEMBAHAN UCAPAN MENJUNJUNG KASIH D.Y.M.M SULTAN SELANGOR
Patik dan seluruh ahli PAS merafak sembah ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih dan ta'zim atas limpah perkenan D.Y.M.M Tuanku Sultan Selangor untuk mengekalkan ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga tarikh Pilihanraya Umum yang akan datang.
Sesungguhnya limpah perkenan DYMM Tuanku amat disanjung tinggi untuk memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor demi menjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat.
Patik sepenuhnya meyakini bahawa ketiga-tiga ahli MMKN Selangor dan 10 orang ADUN daripada PAS tidak pernah luntur semangat untuk menjunjung kepercayaan DYMM Tuanku dan meneruskan amanah bagi menjaga kestabilan Kerajaan Negeri Selangor dan berkhidmat untuk rakyat dengan adil dan saksama.
"Sejahtera Bersama Islam"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
28 Syaaban 1438H / 25 Mei 2017M
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)