Jangan ketawa... Mat Sabu antara nama yang disebut Parti Amanah Negara (PAN) sebagai calon Perdana Menteri ketujuh dari Pakatan sebelum ianya diambil alih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Itu cadangan Timbalan Presiden PAN Salahudin Ayub yang menolak tindakan PKR menamakan Anwar sebagai calon PM ketujuh.
Menurut Salahudin, Anwar sepatutnya calon Perdana Menteri (PM) kelapan bukan ketujuh.
PKR sebelum ini mendakwa Anwar Ibrahim adalah calon PM Pakatan ketujuh.
Bagaimanapun kata Salahudin, Pakatan perlu memilih calon PM dalam kalangan pimpinan yang ada menjelang PRU-14.
“PM ketujuh akan bertanggung jawab membentuk kabinet baru, melakukan reformasi urustadbir negara dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan Anwar,” katanya dalam satu kenyataan Rabu.
Jelasnya adakalanya, pemimpin perlu berani menongkah arus untuk membuat keputusan.
"Berani mendepani cemuhan ahli dan mengambil risiko demi kepentingan negara dan rakyat. Jadilah kita pemimpin sejati yang rakyat dambakan,"ujarnya.
Menurut Salahudin, calon PM ketujuh boleh dilantik sama ada Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bosnya sendiri, Mohamad Sabu.
Apa yang penting, mereka teguh dengan sifat amanah dan pro kepada rakyat, katanya.
“Inilah masanya rakyat mahu melihat kebijaksanaan pimpinan utama Pakatan tampil bagi menyelesaikan setiap permasalahan negara dan rakyat. Duduklah berunding demi kepentingan rakyat dan kemudian barulah berlunjur untuk berkhidmat mereformasi negara,” ujarnya lagi.
Salahuddin sempat menyindir PKR, katanya memang mudah berpidato mengajak orang lain supaya jangan berjuang untuk kepentingkan peribadi atau parti sendiri.
"Bukan semua pemimpin lulus ujian ini. Nelson Mandela, Khomeni, Ghandi dan Ghanoeshi telah membuktikan bahawa adalah pemimpin kelas dunia yang meletakkan rakyat dan negara adalah prinsip utama perjuangan mereka,"katanya.
Bagaimanapun, ia bukan satu keputusan walaupun usaha menjadikan Anwar sebagai PM sudah secara dasarnya dipersetujui oleh pakatan pembangkang.-24/7/2017
=====================================
SASARAN KELATEDAILY 2017
- RADIO ONLINE, TVONLINE,
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA,
PENGURUSAN KELATEDAILY
- SUMBANGAN DIPERLUKAN -
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com -
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)