KUALA LUMPUR 27 Mei – Keghairahan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membeli dua import baharu dilihat seperti mereka sengaja melupakan masalah isu tunggakan gaji bekas pemain.
Hari ini sekali lagi menerusi status Twitter yang dimuat naik oleh bekas pertahanan Kelantan, Jonanthan McKain mempersoal tindakan Kelantan yang baru-baru ini mendapatkan pemain import baharu.
The Red Warriors (TRW) telah mendapatkan Abou Bakr Al-Mel dan L’Imam Seydi untuk memperkuatkan pasukan selepas pemergian Mohammed Ghaddar ke Johor Darul Ta’zim (JDT).
Tindakan itu ternyata menimbulkan perasaan pelik McKain dengan mempersoalkan bagaimana bekas majikannya itu boleh mengambil pemain baharu sedangkan mereka masih belum menyelesaikan tunggakan gaji.
“Sukar nak percaya. Macam mana KAFA dibenarkan untuk terus membeli pemain baharu tanpa menyelesaikan hutang lama. Ini tindakan yang tidak sopan dan salah.” katanya menerusi Twitter dengan turut menggunakan hashtag #PayYourDebts (Bayar Hutang Anda) berhubung isu tersebut.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian Persatuan Pemain Bola Sepak Antarabangsa (FIFPro) yang turut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.
Malah FIFPro turut mempersoalkan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku dan merasakan sistem yang digunakan oleh badan induk negara itu adalah satu sistem yang gagal.
“Ini perkara yang memalukan, FAM. Seorang daripada banyak pemain yang telah ditipu. Minta PFAM (Persatuan Pemain Profesional Bola sepak Malaysia ) ambil berat hal ini,” katanya.
Sementara itu, bekas penyerang Kelantan, Blazhe Ilijoski meminta agar KAFA membayar tunggakan gajinya menerusi laman Instagram Kelantan.

=====================================
SASARAN KELATEDAILY 2017
- RADIO ONLINE, TVONLINE,
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA,
PENGURUSAN KELATEDAILY
- SUMBANGAN DIPERLUKAN -
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com -
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)