KUALA TERENGGANU 28 Mei - Pasangan guru agama menemui ajal sebelum berbuka puasa semalam selepas terbabit dalam kemalangan di Km366, Jalan Kuala Terengganu- Kuantan berhampiran Kampung Serating, di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.35 petang itu, Maimun Mamat, 48, maut di tempat kejadian manakala suaminya Daud Setaffa, 55, disahkan meninggal kira-kira pukul 7.32 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Kemalangan itu dikatakan berlaku apabila kereta dipandu Daud yang merupakan guru agama bertembung dengan dengan sebuah kereta yang terbabas dari laluan bertentangan.
Maimun ialah guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA). Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri,Supt Abd Razak Hassan ketika dihubungi berkata, pemandu sebuah lagi kereta ialah guru berumur 29 tahun berasal dari Kuala Terengganu dan hanya mengalami kecederaan ringan. - BERNAMA
Berita Harakah : Syurga menantimu Ustaz Daud & isteri, insya Allah
SEBAK mendengar cerita ibu kepada Almarhum Ustaz Daud berkenaan peristiwa yang berlaku sebelum ajal menjemput Almarhum.
"Laksanakanlah ibadah di bulan Ramadan tahun ini dengan bersungguh-sungguh. Boleh jadi Ramadan tahun ini adalah yang terakhir buat kita. Kita tak tahu sama ada sempat lagi atau tidak dengan Ramadan tahun hadapan". Pesan Almarhum Ustaz Daud dalam tazkirah malam pertama tarawih.
Almarhum juga membersihkan surau bersungguh-sungguh sehari sebelum tiba Ramadan, seolah-olah beliau tahu akan meninggalkan surau ini selama-lamanya.
Almarhum Ustaz Daud bersama isterinya Almarhumah Ustazah Maimun terkorban dalam satu kemalangan jalan raya petang 1 Ramadhan. Kereta Viva yang mereka naiki dilanggar kereta Nissan Latio mengakibatkan dua anak mereka cedera parah, salah seorang darinya Nor Najihah umur 11 tahun kritikal pendarahan dalam otak masih belum sedarkan diri.
Takdir Allah dalam sekelip mata sembilan anak mereka kehilangan ibu ayah tempat mereka bermanja selama ini.
Dari sembilan anak mereka hanya Nor Amalina Mastura sahaja yang sudah bekerja sebagai pembantu PASTI dan Najwa Liyana sudah berumah tangga.
Anak bongsu mereka Mohd Fadzil 9 tahun adalah seorang OKU. Setiap bulan arwah ayahnya akan bawa ke hospital. Fadzil turut tercedera dalam kemalangan ini, keadaannya terkini masih belum diketahui.
Anak-anak mereka yang lain Nor Aina Fasihah, Mohd Fitri juga seorang OKU, Mohd Syukri masih menuntut di Kolej Vokasional Kemaman, Nurul Izah masih di tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Dungun dan Nur Humairah tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Marang.
Almarhum Ustaz Daud bin Setapa 55 tahun turut aktif dalam kerja-kerja politik dan dakwah. Beliau diamanahkan sebagai Timbalan Ketua PAS Cawangan Kg Batangan, Marang. Manakala Isterinya Almarhumah Ustazah Maimun binti Mamat, 48 tahun sebagai SU Muslimat PAS Cawangan Batangan. Selain pertalian pasangan suami isteri, mereka juga adalah sepupu.
Pasangan syurga (Insya-Allah) ini meninggalkan kita selama-lamanya pada hari pertama Ramadan dan belum sempat berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Berbukalah kau di sana bersama para solihin. Takziah dari kami kepada kaum keluarganya, moga tabah hadapi ujian Allah, semoga Allah tempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Kami menyeru kepada semua pihak agar turut serta membantu bagi meringankan bebanan keluarga ini terutama dari sudut kewangan bagi menampung kos pengajian anak-anak yatim piatu ini. Contohilah Baginda Rasulullah di bulan Ramadan penuh barakah ini menjadi orang yang paling dermawan melebihi kedermawanannya di bulan-bulan lain.
Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun Maybank 563019256220 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN. Mohon maklumkan jumlah sumbangan anda melalui sms@Whatsapp 0195452471
Semoga Allah murahkan rezeki dan memberkati seluruh hidup anda. Jazakumullah Khair atas keprihatinan dan kecaknaan anda.
اللهم اغفرلهم وَارْحَمْهمُ وَعَافِهم وَاعْفُ عَنْهُم وَأَكْرِمْ نُزَُلهم وَوَسِعْ مَدْخَلهُم وَاغْْسلهم بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنقهم مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِْلهم دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهمِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلهم وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهمِ ، وَأَدْخِلْهمُ الْجَنَّةَ ، وأَعِذْهم مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار
MOHD AKMAL KAMARUDIN
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM – HARAKAHDAILY 28/5/2017
SASARAN KELATEDAILY 2017
- RADIO ONLINE, TVONLINE,
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA,
PENGURUSAN KELATEDAILY
- SUMBANGAN DIPERLUKAN -
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com -
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)