Pages

Tuesday, May 30, 2017

Sandiwara Umno-PAS: Respons Luham Terengganu

MOHD ZABIDI YUSOF - 30 MAY 2017

KENYATAAN balas kepada kenyataan YBM Datuk Raja BahrIn MP Kuala Terengganu dalam Malaysiakini bertarikh 29/5/2017 di bawah tajuk “Hentikan sandiwara Umno-Pas, kata Amanah" adalah dirujuk.

Lujnah Undang-undang Dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Terengganu melihat reaksi dan komen Ahli Parlimen (MP) Kuala Terengganu lebih bersifat persepsi dan publisiti politik kekampungan yang mana isu perlaksanaan perundangan Islam dalam negeri Terengganu adalah isu bersama yang perlu diperjuangkan oleh umat Islam tanpa sempadan ideologi politik.
Mengembalikan semula sistem perundangan Islam yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Terengganu melalui Itqan al-Muluk atau undang-undang tubuh negeri sebelum kedatangan kuasa Inggeris bukan sesuatu yang asing bahkan setelah kita mencapai kemerdekaan tiada sebab untuk perlaksanaan perundangan Islam tidak boleh direalisasikan dalam konteks perundangan semasa.
Seharusnya semua pihak mengambil bahagian masing-masing dengan perasaan kebersamaan dan ukhuwah islamiyah untuk menterjemahkan hasrat murni ini.
Luham percaya PAS adalah parti politik yang berfikiran jauh dan meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan individu dan kepuakan. Umno-BN adalah parti pemerintah di Terengganu pada masa material ini, adalah menjadi obligasi kerajaan semasa untuk penguatkuasakan warta Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2002 walaupun pewartaan tersebut telah dilakukan pada masa pemerintahan kerajaan PAS (1999-2004) yang lalu.
Sehingga sekarang tiada bukti enakmen tersebut dibatalkan atau tiada keputusan mahkamah yang membatalkan di atas apa jua alasan. Oleh itu kenapa perlu diadakan usul baru terhadap enakmen tersebut untuk dibahaskan semula di peringkat Dun.
Sebaliknya para legislator perlu menekankan aspek penguatkuasaan dan perlaksanaan pewartaan enakmen tersebut menurut procedure yang sedia ada. Persoalanya sama ada dan sejauh manakah Kerajaan Terengganu sekarang serius atau tidak dalam perkara ini.
Luham percaya RUU 355 adalah salah satu pendekatan yang digunakan untuk mengisi ruang yang dibenarkan dalam konteks Perlembagaan Malaysia tanpa memprejudis undang-undang yang sedia ada dan tanpa melibatkan pindaan perlembagaan yang memerlukan sokongan 2/3 majoriti ahli parlimen.
PAS mengambil langkah dan perdekatan ini melalui hubungan Kerajaan Kelantan dan Persekutuan dalam semangat federalisme bagi membolehkan peranan dan kedudukan mahkamah syariah dimartabatkan sebagai institusi keadilan yang memenuhi tuntutan syariah.
Haji Mohd Zabidi Yusof
Pengerusi LUHAM Negeri Terengganu.
30 Mei 2017 / 4 Ramadan 1438
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)