Pages

Tuesday, May 30, 2017

SULTAN SELANGOR murka MP PKR Subang Ceramah Dewan Solat Masjid


SULTAN SELANGOR murka MP PKR Subang,R Sivarasa masuk dan beri ceramah dalam dewan solat Masjid Kg Melayu Subang Rabu lalu,kata Pengarah JAIS


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, yang dikatakan memasuki dan memberi ceramah di sebuah masjid dekat sini, minggu lalu. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani.
"Saya dimaklumkan, Sultan Selangor murka dengan tindakan ahli parlimen itu. "Seperti mana ucapan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada Majlis Berbuka puasa Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam, semua pengurusan masjid perlu akur tidak membenarkan penceramah tiada tauliah memberi ceramah. "Pengurusan masjid terbabit juga sudah dipanggil Jumaat lalu untuk memberi keterangan mengenai insiden itu dan kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Istana Selangor," katanya kepada BH.

Rabu lalu, Sivarasa dikatakan memasuki Masjid An-Nur Kg Melayu Subang, sebagai mewakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa memberikan ceramah ketika berada dalam dewan solat.

Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak. Semalam, ketika berucap, Mohd Adzib berkata, masih ada penceramah yang secara terang mengajar di masjid dan surau di Selangor atau tempat awam tanpa tauliah, sekali gus melanggar peraturan yang ditetapkan.

Mohd Adzib berkata, MAIS menyokong sepenuhnya Operasi Tauliah yang dijalankan oleh JAIS ketika ini bagi memastikan penceramah yang dijemput mempunyai tauliah daripada MAIS.

Terdahulu, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada JAIS hari ini, membabitkan tindakan Sivarasa itu. Antara kandungan memorandum itu termasuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan berkenaan yang dilihat seakan-akan memperlekehkan agama Islam.

Setiausaha Agong Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Datuk Khairul Khuzaini Zamsani berkata, pihaknya bersama NGO dari Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (PERMAS), Wakil Penduduk Kota Damansara; dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS) menyerahkan memorondum berkenaan kepada wakil JAIS.
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)