Oleh Ustaz Faizul Abas |
Soalan
Ustaz, orang bagitau WAKTU IMSAK adalah bid'ah. Nabi tidak buat.
Kata Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah:
"Imsak (menahan diri daripada makan dan minum) dalam beberapa tempoh sebelum masuknya waktu fajar kerana berhati-hati seperti yang diulangi oleh ramai dalam kalangan umat Islam adalah BERCANGGAH dengan petunjuk Nabi shallallahu'alaihiwasallam dan para sahabat Baginda, dan menulisnya pada kertas-kertas, kalender-kalender, dan kalendar-kalendar imsak puasa adalah termasuk perkara yang perlu ditegah."
-Fiqh al-Shiyam oleh Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi, m/s 118. Cetakan ketiga, 1993. Muassasah al-Risalah, Beirut-
Jawapan
بسم الله و الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله.
أما بعد.
Isu ini setiap tahun diulangbahas. Semoga dengan jawapan yang diberikan nanti akan menenangkan jiwa-jiwa yang terkeliru dan kembali berpegang kepada sunnah Rasulullah yang sebenar insyaAllah.
Pendapat Syeikh Yusof al Qaradhawi itu tertolak dengan adanya hadis riwayat Bukhori dan Muslim yang berbunyi:
عن أنس رضي الله عنهما ، أن النبي صلى الله عليه وسلم وزيد بن ثابت ، تسحرا ، فلما فرغا من سحورهما قام نبي الله صلى الله عليه وسلم إلى الصلاة ، فصلى . قلنا لأنس : كم كان بين فراغهما من سحورهما ودخولهما في الصلاة ؟ فقال : قدر ما يقرأ الرجل خمسين آية . رواه البخاري .
Maksudnya:
Daripada Anas bin Malik ra bahawasanya Nabi saw dan Zaid bin Tsabit bersahur. Apabila mereka selesai bersahur, Nabi saw bangun untuk bersolat subuh, lalu baginda mendirikannya.
Maka kami bertanya kepada Anas,
“Berapa lama jarak antara azan dan makan sahur? Ia menjawab : ﺧﻤﺴﻴﻦ ﺁﻳﺔ (kira-kira bacaan
lima puluh ayat dari Al-Qur’an)” (HR. Bukhari no. 1921 dan Muslim no. 1097; ini adalah lafaz Al-Bukhari).
Ulama' tidak sebutpun waktu imsak adalah waktu wajib berhenti makan minum. Ia adalah amalan sunat @ mustahab, digalakkan kerana ihtiyat.
Kata Dr Muhammad az Zuhaili dalam al Muktamad,
و يستحب تأخير السحور ما دام المسلم متيقنا بقاء اليل، فمتى حصل شك فيه فالأفضل تركه، و هو ما يعرف الآن بوقت الإمساك ، بحيث ينتهي من الطعام و الشراب قبيل طلوع الفجر بقليل... "
"...Dan disunatkan melewatkan sahur selagimana seorang muslim itu yakin malam masih berbaki. Maka apabila terhasil syak padanya(masih malam atau sudah masuk subuh) maka lebih baik tinggalkannya(tidak makan dan minum). Dan ia dikenali kini dengan waktu imsak, iaitu berhenti makan dan minum sebelum terbit fajar dengan (kadar) sedikit (masa sekitar 10 minit)..."
Kemudian az Zuhaili datangkan dalil hadis Imsak riwayat Bukhori di atas.
Wallahu a'lam.
Ustaz Faizul Abas
Mudir Madrasah Darus Salam
3 Jun 2017
SASARAN KELATEDAILY 2017
- RADIO ONLINE, TVONLINE,
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA,
PENGURUSAN KELATEDAILY
- SUMBANGAN DIPERLUKAN -
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com -
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)