‘Jangan ingat PAS sekadar parti Tok Lebai’ - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Wednesday, June 28, 2017

‘Jangan ingat PAS sekadar parti Tok Lebai’


AJK PAS Pusat - Dr Azman Ibrahim mengingatkan orang ramai, khususnya umat Islam supaya tidak memandang remeh saman fitnah yang dikemukakan oleh presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas portal Sarawak Report.

Menurutnya, mereka yang sayangkan Islam perlu melihat bahawa saman ke atas penulis artikel Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyalurkan dana sebanyak RM90 juta itu bertujuan merosakkan imej PAS.
“Kalau PAS sebuah parti sekular, pastinya PAS tak akan berhadapan dengan fitnah yang jijik ini.
“Fitnah ini ditujukan kepada PAS kerana perjuangan Islam.
"Berjaya merosakkan imej PAS bermakna berjaya merobohkan sebahagian dari benteng Islam yang berdiri teguh di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi Harakahdaily.
Dr Azman mengulas kejayaan Sarawak Report, Isnin lalu mengumpul GB£30,000 (RM160,000) bagi dana guamannya menerusi crowdfunding untuk menangkis saman fitnah Abdul Hadi.
Beliau berkata, mereka yang membantu portal yang berpangkalan di London itu adalah manusia yang sehati dan sejiwa dengan Sarawak Report untuk berkonfrantasi dengan perjuangan Islam yang didukung PAS.
“Angka GB£30,000 tak sukar untuk dikumpulkan oleh Sarawak Report kerana kufar dan yang sewaktu dengannya akan bersatu hati bagi menentang Islam dan perjuangan Islam.
“Kalau tak cukup, boleh minta dengan deretan nama-nama besar tauke barat dan Yahudi yang kaya raya. Angka sebanyak itu sekadar celah gigi saja,” katanya.
Isnin lalu, Sarawak Report berjaya mengutip jumlah dana yang diperlukan melalui platform dana awam - Crowd Justice - dalam tempoh masa tiga hari. Ketika berita itu ditulis, sebanyak GB£30,452 berjaya dikumpulkan menerusi 615 penyumbang.
Pada April lalu, Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcatle-Brown di Mahkamah Tinggi di London.
Dr Azman juga menasihatkan Sarawak Report supaya tidak terlalu angkuh dan memandang remeh ahli PAS serta mengingatkan mereka bahawa Abdul Hadi pernah menang kes saman lawan Daily Mirror, sebuah akhbar berpangkalan di London pada tahun 2007.
Katanya, ini susulan akhbar yang berpangkalan di London tersebut menyiarkan gambar Abdul Hadi dan mengaitkan presiden PAS itu dengan beberapa siri keganasan dan pengeboman di United Kingdom.
“Jangan ingat PAS ini parti Tok Lebai yang ahlinya 'orang darat' kilas kain pelikat berselipar Jepun. Bunyi Mahkamah London pun dah kecut perut. Nak jejak kaki di London pun sesat ke barat, apatah lagi nak failkan saman!
“Kalau kita disindir tadah tin Milo, mereka pula tadah beg James Bond! Pokoknya kutip derma dari publik juga.
“Maknanya mereka pun sakit juga. Kalau kita tak tidur malam, apa kurangnya mereka,” katanya.
Sementara itu Naib Presiden PAS, Idris Ahmad juga menyeru ahli parti itu membuat infaq bagi membantu membiayai kos guaman saman fitnah yang dikemukakan Abdul Hadi.
Katanya, Sarawak Report akan dapat banyak lagi dana menerusi pakatan moden peringkat antarabangsa yang mahu melawan PAS.
Beliau berkata, golongan itu akan bersatu untuk memadam cahaya perjuangan PAS.
“Mereka cukup dendam dan benci pada PAS kerana PAS parti tegar dengan prinsip Islam. Tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tidak tunduk kepada sesiapa.
“PAS tidak ada tuan yang memberi dedak sama ada tuan luar negara atau dalam negara. PAS adalah PAS.
“Insya-Allah PAS akan hadap semua cabaran ini dengan kekuatan ahli PAS dan memohon pertolongan Allah,” katanya dalam kenyataan yang juga disiarkan di Harakahdaily.
Kenyataan itu diakhir dengan nombor akaun bank PAS.
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)