Pages

Thursday, June 22, 2017

JANGAN UNDANG MURKA TOKONG

Semua sebenarnya tidak tenteram dalam DAP.
Parti yang bongkak dan sombong dengan sokongan padu pengundi bukan Melayu itu sesungguhnya bermasalah di dalam tetapi cuba tidak menzahirkannya.
Febuari lalu 4 pemimpin DAP Melaka termasuk ahli Parlimen Kota Melaka dan 3 ADUN nya bertindak keluar parti.


DAP memecat ADUN Teluk Datuk Selangor dan sebelumnya bekas ADUN Teratai.
Dan ikut rentetan sejarah pergolakan dalaman DAP bukan perkara baru. Ramai yang dipecat dan disingkir apabila sahaja bertindak lawan arus dan menentang "tokong" besarnya yang memegang jawatan Setiusaha Agung.
Istilah "tokong" ini bukan rekaan penulis tetapi istilah sama digunakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari PKR yang mahu menunjukkan betapa angkuhnya SUA dan KM Pulau Pinang dalam menjalankan tugasnya.
Akibatnya hari ini Dr Mansor bukan lagi TKM.
Dulu ketika ayahnya SUA beberapa pimpinan DAP yang tidak berpuas hati dengan style kepimpinan Kit Siang yang dikatakan otokratik telah melancarkan kempen KNOCK OUT KIT SIANG atau KOKS.
Usaha menjatuhkan Kit Siang gagal dan akhirnya ramai yang menentang menjadi mangsa.
Fan Yew Teng, Dr Kua Kia Soong, Hu Sepang, Liew Ah Kim, Wee Choo Keong, Lee Lam Thye adalah antara nama yang boleh disebut.
Dari ayah ke anak ternyata jawatan SUA DAP adalah yang paling berkuasa dan siapa sahaja yang cuba tegur dan kritik walau berasas akan jadi mangsa.
Hari ini kita lihat teguran ikhlas tokoh veteran DAP yang juga ahli Parlimen Kepong sejak 1982 YB Dr Tan Seng Giaw mengenai keadaan enviromen di Pulau Pinang mendapat tindak balas "tokong" yang ternyata murka dan tidak berpuas hati dengan kenyataan Dr Tan itu.
Kesimpulannya seranglah siapa sahaja Perdana Menteri, BN, RUU 355, 1MDB, FGV, PAS , Tuan Guru Hj Hadi, PKR tetapi disaat serangan itu menyinggung kepentingan "tokong" maka bersedialah untuk dihukum siapa sahaja anda.
Ringkas sahaja teguran Dr Tan bahawa pantai negeri itu sudah berubah dan hutannya tidak hijau lagi. Rakyatnya seramai 850, 000 itu perlukan rumah dan pekerjaan.
Tapi bagi SUA DAP dan KM P.Pinang ianya melampau dan keterlaluan lalu diseranglah Dr Tan. Kononnya Dr Tan kini sudah tidak lagi dapat dihubungi.
Apa maksud beliau?
Adakah tokong mahu mengatakan Dr Tan sudah belayar jauh keluar dari arus perdana DAP ... tidak lagi taat dan sembah beliau sebagai tokong?
Guan Eng memberitahu wartawan bahawa tindakan dalaman akan diambil terhadap Dr Tan.
Demikianlah suasana dalam DAP. Nak selamat dan lama dalam parti hujanilah tokong dengan puja dan puji. Jangan sekali-kali mencabarnya walaupun berasas.
Itu baru di KOMTAR bayangkan jika di Putrajaya.
Selamatkan agama, bangsa dan negara dari pimpinan seumpama ini.
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)