ISU : Rozaimi ajak jumpa, Dusuki belum jawab - KelateDaily - SuratKoba Pilihe Kito

Latest

STAY WITH US

PLEASE DONATE TODAY. Your generosity preserves knowledge for future generations. Thank you.

TOLONG BERI SUMBANGAN.kemurahan hati anda mengekalkan pengetahuan untuk generasi akan datang.

PLEASE تبرع اليوم. كرمكم يحفظ المعرفة للأجيال القادمة. شكرا لك.

Bank Islam Malaysia Berhad - 08086022170986 - M.Haron

..TQ..

Thursday, June 22, 2017

ISU : Rozaimi ajak jumpa, Dusuki belum jawab

RUJUKAN : Fatwa Hukum Memakan Makanan Yang Dimasak Oleh Orang Yang Tak Solat
Oleh Jabatan Am Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa (الرئاسة العامة للبحوث العملية والإفتاء)
1- Tidak perlu apa-apa dialog antara Dr. Rozaimi dengan Ustaz Dusuki Abdul Rani kerana perkara ini telah jelas dalam Islam (lihat fatwa di bawah).\
2- Apa yang disebut oleh Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa kita tidak wajar membeli makanan daripada orang yang fasik adalah betul, kerana itu adalah pendapat paling rajah antara dua aliran pandangan.
3- Apa yang dicadang oleh Dr. Rozaimi untuk memberi nasihat itu sudah termasuk dalam pilihan kedua bagi mereka yang mampu berdakwah (seperti beliau). Bagi golongan biasa yang tidak ada keupayaan untuk berdakwah mesti memulau makan mereka yang tidak bersolat kerana dia adalah musuh Allah swt.
4- Antara pandagan Dr. Rozaimi yang mengelirukan ialah :-
a- "Tuan-tuan, jangan macam itu. Sampai bila kita nak rasa kita golongan suci? Adakah Islam ajar kita untuk lihat orang lain sebagai orang yang lebih rendah martabatnya daripada kita?
Nota : Sebenarnya kita tidak anggap kita lebih suci, sebaliknya kita diminta memulau mereka kerana mereka melakukan sebesar-besar perkara keji, iaitu tidak mendirikan solat.
b- Salah dia, adalah salah dia. Tak ada kaitan dengan makanan. Patutnya kita beli makanan dia, dan kita nasihat elok-elok: bang bagus kamu berniaga cari rezeki, jom pergi solat.
Nota : Sebenarnya ada kaitan dengan makanan, kerana orang yang tidak mendirikan solat adalah insan kotor dan makanan yang dimasak olehnya juga adalah tidak suci dan tida keberkatan sekalipun kelihat bersih dan menyelerakan.
c- "Kenapa kita nak boikot dia (peniaga). Lihat insan marhaen sebagai medan untuk cungkil bakat dia," kata Rozaimi dalam video yang turut dikongsi di Facebooknya.
Nota : Sebenarnya memang kita kena boikot sebagai ancaman dan amaran kepada musuh Allah ... KECUALI jika dengan niat untuk mendekati dan mengajak dia ke jalan taubat (itupun dalam keadaan tidak membuang rasa benci anda kepada perbuatannya).
1. ... أما الطعام فينظر فيه فإن كان الطعام فاكهة أو نحوه فلا بأس، أما إن كان شيئا يذبح هو الذي ذبحه بنفسه فذبيحته لا تحل، أما إن كان طعاما من غير ذبحه لحم من السوق أو فاكهة أو نحو هذا مما ليس فيه ذبح فلا حرج في قبوله إذا رأيت ذلك .
Maksudnya : “ … adapun tentang makanan, kita tengok ; Jika ia buah-buhan atau seumpamanya makan tidak mengapa (boleh di makan). Adapun jika ia sesuatu yang disembelih oleh dia sendiri, makan sembelihannya tidak sah. Adapun jika ia bukan dari sembelihannya, seperti daging dari kedai atau buah-buahan atau seumpamanya, maka itu tiada larangan untuk menerima nya, bila anda tergamak begitu
2. وإن رأيت رده إليه من باب الهجر ومن باب إظهار كراهتك لعمله وغضبك عليه فهذا حسن إن شاء الله، وإن رأيت أن قبول الهدية فيه مصلحة لتأليفه ودعوته إلى التوبة ... أنت هذا تجتهد وتعمل ما هو الأصلح لكن مع كراهتك لعمله وهجرك إياه وتحذيرك إياه من هذا العمل السيئ لعل الله يتوب عليه بأسبابك؛ لأن عمله عظيم الجرم وشديد الخبث وهو ترك الصلاة - نعوذ بالله - والصلاة عمود الإسلام من حفظها حفظ دينه، ومن ضيعها فهو لما سواها أضيع .
Tapi jika anda fakir hantar balik makanan (yang diberi olehnya) SEBAGAI PEMULAUAN dan MENZAHIRKAN KEBENCIAN anda kepada perbuatanya (tidak solat) DAN KEMARAHAN anda .. maka itu SESUATU YANG BAIK.. Insha Allah .. Tapi jika anda lihat menerima pemberiannya itu ada kebaikan untuk menjinakkannya dan mengajak kepada bertaubat … maka anda TELAH BERIJTIHAD dan melakukan sesuatu yang lebih baik .. tetapi tetap bersama rasa benci anda kepada perbuatannya dan pemulauan anda terhadapnya dan amaran anda terahadap perbuatan buruknya. Moga-moga Allah mengampuni dia dengan sebab perbuatan anda. Ini kerana perbuatannya itu adalah sebesar-sebesar jenayah dan sebutuk-buruk perkara keji, iaitu meninggalkan solat. Solat adalah tiang Islam. Siapa yang menjaganya dia telah menjaga agamanya .. dan sesiapa yang mempersiakannya sudah tentu dia akan lebih tidak peduli dalam perkara-perkara yang lain.
3. والمقصود أن تعالج الأمر بما ترجو فيه الخير، مع هجره وعدم زيارته إلا على وجه تزوره فيه للدعوة فقط، لا للطعام والشراب والأنس معه ولكن تزوره إذا رأيت المصلحة للدعوة والتوجيه إلى الخير وتحذيره غضب الله وإخباره بأن هذا العمل ردة عن الإسلام في أصح قولي العلماء على هذا السبيل تكون مأجورا إن شاء الله أما على سبيل التحاب أو الأنس به فلا تزره على هذا الوجه بل يستحق الهجر..
Maksunya, anda mesti mengurus kes ini dengan hasrat mendapat yang terbaik.. tetapi mesti dalam keadaan tidak bersetuju dengan perbuatan dia (meninggalkan solat). Anda tidak menziarahi dia kecuali untuk tujuan dakwah sahaja, bukan kerana makanan atau minumaan dan bermersra dengannya. Sebaliknya adna menziaragi dia untuk tujuan dakwah dan mengajak dia kepada kebaikan dan memberi amaran tentang kemurkaan Allah swt terhadapnya. Iaitu dengan memberi tahu beliau bahawa perbuatan meninggalkan solat tersebut adalah terkeluar dari Islam (mengikut salah satu pendapat ulama yang paling sahih). Dengan cara ini kamu akan mendapat pahala Insha Allah .. Adapun jika atas tujuan berkasih sayang dan bermesra dengan nya, maka anda jngan menziarahinya .. bahkan dia bwrhak dipulau.
DR. Mohd Rosdi Ismail
21 Jun 2017
Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)