Pages

Thursday, June 22, 2017

BELI MAKANAN DARI ORANG TIDAK TAAT AKAN ALLAH SWT

"BICARA TASAWWUF" BELI MAKANAN DARI ORANG TIDAK TAAT AKAN ALLAH SWT

Orang awam keliru apabila bicara disiplin tasawwuf dicampuradukkan dengan disiplin ilmu fiqh. Ulama'-ulama' sangat berjasa dalam menyusun tiga disiplin ilmu Islam iaitu Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf.
Apabila dinasihati bahawa jangan makan atau beli makanan hasil dari tangan-tangan yang tidak menutup aurat, tidak solat, itu nasihat tasawwuf. Bukan menyatakan hukum haram taklifi. Itu memang ada dalam disiplin ilmu tasawwuf.

Dalam disiplin ilmu fiqh, makan minum hasil buatan orang kafir tidaklah sampai jatuh haram kecuali makanan itu zatnya haram seperti babi panggang.

Semuanya ada petunjuk dari nabi saw. Ini kerana orang beriman ada martabat rendah, sederhana dan tinggi. Fiqh meletakkan hukum taklifi ada lima: Haram, Makruh, Harus, Sunat dan Wajib. Apabila ada larangan, ia boleh jadi haram, boleh jadi juga makruh. Apabila ada suruhan, ia boleh jadi wajib, boleh jadi juga sunat. Tapi dalam tasawwuf tidak bezakan antara wajib dan sunat. Juga tidak bezakan antara makruh dan haram. Perintah nabi saw disuruh buat, larangan nabi disuruh tinggal bagi menghasilkan manusia yang kuat imannya, tinggi taqwanya.

Tak faham tak apa sebab saya tiada PhD.
- ustaz faizul abbas -
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)