Pages

Monday, June 5, 2017

Kelantan sedia bantu pusat pulih penagih

KERAJAAN negeri sedia membantu kerajaan pusat menangani gejala penagihan dadah melalui program pemulihan secara Islam di Baitul Taubah, Pasir Puteh.
Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata kerjasama itu sebahagian daripada tiga perkara yang dibincang bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Begitu juga katanya program pemulihan banduan akan dibantu melalui Bahagian Dakwah Halaqat dan guru tahfiz yang berpengalaman.
“Kerajaan negeri sedia membantu Jabatan Penjara Malaysia untuk melakukan pemulihan banduan dengan kemampuan yang ada.
"Secara umumnya kerjasama ini sangat penting kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat dan ummah," katanya selepas menerima kunjung hormat Timbalan Perdana Menteri di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.
Turut hadir Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah; anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.
Ustaz Ahmad juga berkata kerajaan negeri sentiasa membantu pasukan polis bagi mengurangkan kadar jenayah.
Menurutnya, bagi lima bulan pertama tahun ini indeks jenayah di Kelantan menurun kira-kira 13.5 peratus.
Timbalan Perdana Menteri pula berkata, tiga perkara dibincang dengan kerajaan Kelantan iaitu isu keselamatan, masalah penyalahggunaan dadah dan pemulihan banduan.
Menurutnya, kerajaan Persekutuan memohon kerjasama kerajaan negeri bagi mengatasi ketiga-tiga masalah berkenaan.
"Ertinya kita harus berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk menjalinkan kerjasama dalam tiga isu utama ini," katanya. – HARAKAHDAILY 5/6/2017
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)