Pages

Friday, June 16, 2017

PAS Selar DAP Mahu Jadi P.Pinang Bandar Kristian

PAS secara terbuka mengutuk keras tindakan biadab kerajaan Pulau Pinang diketuai DAP yang dikatakan berhasrat mahu menjadikan negeri tersebut selepas ini sebagai Bandar Kristian.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan menerusi satu kenyataan mendakwa, langkah pihak parti sekular cauvinis itu berani meminda perlembagaan negeri adalah isyarat jelas kepada usaha jahat tersebut.
Beliau malah menyifatkan dakwah Kristianisasi bakal menjadi lebih radikal melalui gerakan Evangelist agama itu yang sedang giat beroperasi sekali gus menjadikan Pulau Pinang muncul sebagai sebuah Bandar Kristian.
Ia secara tidak langsung ujar Nasruddin lagi, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang sejak negara mencapai kemerdekaan sudah memuktamadkan bahawa Islam sebagai agama persekutuan.
“Agama lain boleh diamal oleh penganutnya secara aman namun untuk sebar apatah lagi menubuhkan sebuah negeri atau bandar berasaskan agama selain Islam adalah bertentangan dengan perlembagaan,” tegasnya.
Nasruddin turut melahirkan perasaan kecewa apabila mendakwa malangnya, ada segelintir Muslim pula tergamak mempertahankan agenda DAP itu hanya kerana mengejar ganjaran dunia yang bersifat sementara.
“Mereka sudah hilang sensitiviti. Tiada langsung harga diri. Akidah boleh pula ditukar nilainya dengan wang dan pangkat. Bangkitlah Ummah!” tambah beliau sebagai merujuk pihak tertentu tidak dinyatakan tersebut.
Bagaimanapun, berdasarkan luahan Nasruddin itu, ramai penganalisis politik tempatan melihat wakil PKR dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang yang jelas tidak berbuat apa-apa dengan tindakan DAP selama ini.
Secara kebetulan, Pakatan Harapan yang diketuai DAP turut dianggotai PKR selain serpihan PAS iaitu PAN dan terbaharu serpihan UMNO iaitu PPBM manakala PAS pula kemudian membentuk blok Gagasan Sejahtera.
Umum mengetahui DAP selama ini sering mencampuri urusan hal ehwal Islam di Pulau Pinang termasuk pernah mengeluarkan arahan kepada masjid tertentu untuk memperlahankan laungan azan pada waktu Subuh.
Baru-baru ini PAS Pulau Pinang mendedahkan tindakan DAP mengarahkan semua fatwa diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diteliti sebelum boleh dipersembahkan untuk pewartaan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Beberapa tahun lalu, seorang bekas aktivis DAP Melayu Pulau Pinang membongkar rahsia parti itu pernah rancang menjadikan Kristian sebagai agama rasmi jika memerintah Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
=====================================


SASARAN KELATEDAILY 2017 
- RADIO ONLINE, TVONLINE, 
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA, 
PENGURUSAN KELATEDAILY 
- SUMBANGAN DIPERLUKAN - 
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - Maybank - 112080586371 (Mahadi)