Pages

Wednesday, August 28, 2019

bayaran untuk projek terowong adalah sebanyak RM1,300 satu kaki persegi

oleh : Wee Ka Siong

Awal tahun lepas, saya pernah mendedahkan mengenai nilai tanah yang diberi oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai bayaran untuk projek terowong adalah sebanyak RM1,300 satu kaki persegi.



Saya juga menjelaskan bahawa nilai tanah yang terletak ditepi pantai Lebuh Gurney adalah antara paling mahal di Pulau Pinang dan nilai ini semakin meningkat.

Ini bermakna setiap kali projek terowong tergendala,syarikat konsesi terowong akan mendapat manfaat manakala kos sebenar projek untuk rakyat Pulau Pinang sedang dan akan menjadi jauh lebih mahal berbanding kos RM6.3 bilion yang diberi oleh kerajaan negeri.

Pada masa itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy kata saya dalam khayalan dan harga tanah tersebut hanya bernilai RM475 satu kaki persegi - bukan RM1,300.

https://www.malaysiakini.com/news/416861

Masa itu juga saya cabar beliau supaya menjual tanah di lokasi itu kepada saya dengan harga RM475 satu kaki persegi tetapi dia tidak menjawabnya.

Hari ini, portal media The Edge melaporkan bahawa Maybank sedang menolong syarikat konsesi terowong itu untuk menjual sebahagian tanah yang diterima oleh syarikat konsesi sebagai bayaran projek terowong dengan harga RM2.83 bilion atau RM1,300 satu kaki persegi.

https://www.theedgemarkets.com/article/maybank-roped-penang-megaproject

Akhirnya terbukti bahawa saya betul dan P. Ramasamy telah berbohong.

Selain daripada membantu menjual tanah dengan harga itu, Maybank juga akan meminjam kepada pembeli tanah.

Baik sungguh hati Maybank! Menteri Kewangan tentu bersetuju.

Saya fikir P. Ramasamy tidak akan membalas kenyataan ini kerana dia pernah membalas bahawa dia hanya akan menjawab di mahkamah apabila beliau dan boss-boss dia dinamakan di dalam kertas siasatan SPRM sebagai antara pihak yang menerima bayaran dari syarikat konsesi terowong itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/27/saya-sedia-ke-mahkamah-kata-ramasamy-selepas-dokumen-bocor/

Walaupun dia tidak akan jawab tetapi di sini masih timbul persoalan :

1. Kenapa syarikat terowong itu tidak pernah dikenakan apa-apa denda atau kontrak mereka dibatalkan oleh kerajaan Pulau Pinang walaupun projek ini telah lewat bertahun-tahun?

2. Dengan pendedahan oleh The Edge hari ini yang membuktikan saya betul tentang nilai sebenar tanah itu, adakah ini bermakna kos sebenar projek terowong ini untuk rakyat benar-benar mencecah RM20 bilion seperti kiraan saya awal tahun lepas?

https://dapmalaysia.org/statements/2018/03/16/26744/

3. Kenapa Pejabat Peguam Negara masih belum mengambil tindakan terhadap 6 kertas siasatan kes terowong yang telah dikemukakan sejak awal tahun lepas seperti yang dijelaskan oleh pihak SPRM pada bulan Mac 2019 lalu?

https://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/3283-sprm-buka-6-kertas-siasatan-berkaitan-projek-terowong-dasar-laut-pulau-pinang

4. Adakah seluruh barisan pemimpin DAP akan terus membisu tentang skandal ini yang semakin hari semakin jelas?


............


KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan
Sumbangan Diperlukan 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich