Pages

Wednesday, August 28, 2019

LTTE MENCORAKKAN PEMIKIRAN EKSTRIM DR RAMASAMY

Roslan SMS
Saya pernah nyatakan yang DAP tidak pernah meletakkan Islam dan kepentingan orang-orang Melayu di dalam agenda perjuangan mereka.
Malah permusuhan terhadap Islam begitu ketara dikalangan pimpinannya. Timbalan Ketua Menteri P.Pinang Dr P.Ramasamy yang sebelum ini dikaitkan dengan perjuangan pengganas LTTE adalah satu contoh hidup.
Beliau berterusan menyerang dan membakar api kebencian terhadap tokoh pendakwah antarabangasa Dr Zakir Naik walau kerajaan telah memutuskan mengizinkan Dr Zakir terus berada di Malaysia.
Dalam posting FB nya beliau menyatakan akan membuat laporan polis terhadap Dr Zakir dan peguamnya kerana kononnya telah campurtangan dalam politik tempatan.
Ramasamy ternyata tidak berpuas-hati dengan keputusan kerajaan malah bermatian mahu melihat Dr Zakir ditangkap dan dihalau balik ke India untuk didakwa atas pertuduhan yang direka-reka kerajaan BJP India.
Ramasamy tidak akan berpuas-hati selagi Dr Zakir tidak merengkuk dalam penjara di India.
Jahat dan zalim sungguh idea yang terpaku dalam kepalanya. Mungkin penglibatannya dengan pengganas LTTE sebelum ini mencorakkan pemikirannya.
LTTE sanggup membunuh PM Rajiv Gandhi dan Presiden Sri Lanka kononnya atas nama perjuangan. LTTE berperang dengan kerajaannya sendiri sehingga ribuan nyawa terkorban.
Kita tertanya apakah sebenarnya isu antara Ramasamy dengan Dr Zakir. Bukankah Ramasamy dulu seorang profesor di IPTA seorang intelek dan kini pemimpin kanan DAP?
Tidakkah engagement, berbincang dan berdebat secara sivil dan beradab itu lebih rasional dan mulia dari mengganas mendesak seseorang itu dihalau dan dipenjara.
Sudah hilangkah nilai ini dalam DAP hari ini?
Ramasamy sebenarnya seorang ekstrimis dan tidak sanggup bertindak secara sivil dan beradab khasnya dalam berhadapan dengan Dr Zakir. Keupayaan Dr Zakir berhujah secara saintifik, logik dan berdasarkan fakta dan rujukan sesungguhnya menggerun dan menakutkan Ramasamy.
Kerana tidak berdaya berhujah balas maka beliau memilih jalan ekstrim sebagaimana beliau boleh bersimpati dengan pengganas LTTE.
Rakyat Malaysia khususnya umat Islam perlu tegas mempertahankan Dr Zakir dan dalam waktu yang sama kita cabar Ramasamy keluar dari kepompong ganasnya dan mari duduk berbincang secara sopan dan beradab.
Jangan terlalu menebal dan ekstrim permusuhan terhadap Dr Zakir kerana jika kekal begitu kamu sesungguhnya bermusuh juga dengan kami umat Islam di Malaysia keseluruhannya yang akan pertahankan Dr Zakir sampai bila-bila.

............


KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan
Sumbangan Diperlukan 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich