Pages

Wednesday, August 28, 2019

KEPUTUSAN SEMAKAN KEHAKIMAN FATWA PENGHARAMAN SIS : DPPM MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS KEMENANGAN MAIS DAN MENGGESA SIS MENYERAH KALAH

KEPUTUSAN SEMAKAN KEHAKIMAN FATWA PENGHARAMAN SIS : DPPM MENGUCAPKAN TAHNIAH ATAS KEMENANGAN MAIS DAN MENGGESA SIS MENYERAH KALAH
1) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menzahirkan ucapan tahniah kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas keputusan kes semakan kehakiman pada 27 Ogos 2019 yang lalu melibatkan pertubuhan hak wanita, Sister In Islam (SIS) berhubung fatwa liberalisme dan pluralisme agama.
2) DPPM juga mengucapkan jutaaan tahniah ke atas barisan peguam yang mewakili MAIS terdiri Puan Majdah Muda dan Tuan Yusfarizal Yusoff yang mewakili MAIS manakala Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Datuk Masri Daud yang bertindak bagi pihak Kerajaan Selangor.
3) DPPM melihat kemenangan ini adalah milik seluruh umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor memandangkan Majlis Agama Islam Selangor agresif dalam mendepani serangan-serangan pemikiran dan berani mewartakan SIS sebagai pertubuhan yang sesat di Selangor.
4) Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 Julai 2014 telah mewartakan SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
5) Kedangkalan SIS untuk memfailkan semakan kehakiman berhubung fatwa ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jelas menunjukkan mereka naif dalam memahami struktur bidang kuasa agama Islam di Malaysia disebabkan penghakiman dalam kes ini memutuskan Mahkamah Sivil tidak berbidang kuasa mendengar dan memutuskan berkaitan hal ini.
6) Pewartaan fatwa ini juga bertepatan dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dan tidak bercanggah dengan Perkara 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.
7) DPPM menggesa supaya SIS menghentikan usaha menyebarkan dakyah mereka kepada masyarakat. SIS perlu sedar bahawasanya pertubuhan mereka bertentangan dengan hukum syarak kerana mereka jelas menyokong mengkritik sistem dan pengamalan Undang-undang Islam di Malaysia berkenaan dengan isu kebebasan beragama dalam Islam.
8)Selain itu, SIS juga menyokong konsep Kebebasan Orientasi Seksualiti (Lesbian, Gay, Biseksual &Transeksual (LGBT) dan Konsep Qawwamun dan Kepimpinan dalam Islam yang mampu memberi kesan serta mencabar aqidah umat Islam di negara ini.
9) DPPM menyarankan agar mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam selaras dengan Para 4 fatwa tersebut.
10) DPPM juga menggesa Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri mewartakan SIS sebagai pertubuhan sesat sepertimana dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor agar pihak-pihak tersebut tidak berani menyebarkan fahaman mereka ke seluruh negara.
11) DPPM menyeru kepada kerajaan pusat dan/atau kerajaan negeri supaya meneruskan hasrat meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) /Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri. Mana-mana pertubuhan sesat termasuk SIS yang cuba menggugat institusi fatwa wajar dikenakan tindakan undang-undang yang tegas. Tindakan melanggar atau mempertikaikan fatwa yang telah diwartakan pada waktu ini tertakluk di bawah Seksyen 12c dan Seskyen 13 (1) yang hanya dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Hukuman ini tidak menggerunkan pertubuhan-pertubuhan sesat yang berleluasa ini tambahan pula telah dibuktikan mereka mendapat suntikan dana yang pelbagai dari dalam dan luar negara.
12) Amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan melalui Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh yang sebelum ini dilaporkan memberikan sumbangan sebanyak RM30000 kepada SIS agar menghentikan usaha menyalurkan talian hayat kepada pertubuhan sesat ini. Banyak lagi pertubuhan wanita yang lebih layak untuk mendapat bantuan daripada kementerian malah d bawah Kementerian Wanita dan Pembangunan Masyarakat sendiri telah ada Jabatan Pembangunan Wanita dan Lembaga Kependudukan Keluarga Negara yang tinggal diperkasa dan diberi suntikan dana yang berterusan.
13) Kerajaan perlu bertegas melalui Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan tidak bersikap lunak kepada SIS kerana perkara ini adalah ancaman aqidah kepada umat Islam dan tidak mencerminkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Afnan Hamimi Taib Azamuddin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

............


KelateDaily - Sejak 2004 Lagi
=====================================
Bayaran Kepada Penulis Jemputan,
Sumbangan Kepada Yang Memerlukan,
Pengurusan
Sumbangan Diperlukan 
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com - 
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich