BICARA SKUAD SABIL: Siri 2
SKUAD SABIL DAN JABATAN AMAL MALAYSIA
SKUAD SABIL DAN JABATAN AMAL MALAYSIA
▶ REAKSI NETIZEN
Apabila pelancaran Skuad Sabil ini dirasmikan oleh YB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 25 Ogos 2019 yang lalu, ia telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Bahkan lebih mengejutkan, apabila Skuad Sabil ini digambarkan sebagai "1 juta Pak Guard dari Bangladesh yang telah sampai ke Malaysia" oleh seorang Timbalan Menteri. Ini menandakan kehadiran Skuad Sabil ini dirasai, dicemburui dan mendapat perhatian ramai. Ada juga pihak yang berkata skuad ini mengambil semangat daripada Jabatan Amal Malaysia dengan pendekatan, kaedah, modul latihan dan pengisian yang berbeza. Yang sebenarnya apabila dua entiti berbeza iaitu Amal dan Sabil bergabung, dalam cuaca politik hari ini, sudah pasti akan meletopsss dan menggusarkan parti pemerintah.

▶ KADERISASI PARTI
Sebenarnya setiap daripada parti politik berhak untuk mempunyai kaedah kaderisasi mereka. Bahkan, di zaman UMNO sedang diuji kekalahan ini, penubuhan satu unit beruniform sebagai jentera parti dalam usaha menjaga kebajikan dan menyemai budaya kesukarelawanan perlulah dirai oleh semua pihak terutamanya ahli UMNO. Galakkan anak-anak muda UMNO untuk terlibat secara aktif di dalam pasukan ini supaya terbentuknya ruh Islam, jatidiri bangsa serta semangat kenegaraan. Bahkan di sinilah juga medan pembentukan adab dan akhlaq anak muda Malaysia.

▶ PENGALAMAN DI NEGARA JIRAN
Teringat semasa lawatan saya ke Indonesia, menziarahi Akademi Bela Negara (ABN) yang diasaskan oleh Ketua Umum (Ketum) partai Nasional Demokrat (NASDEM), Surya Paloh telah mewujudkan satu pusat kaderisasi yang lengkap kemudahannya untuk dilatih kader-kader partai. Di sini kader-kader partai NASDEM diberikan kefahaman politik kepartaian, membentuk disiplin dan keperibadian, menanamkan sifat kebangsaan Indonesia dan menjadi agen partai menyalurkan kebajikan kepada rakyat.

▶ UMNO BERINOVASI
Setahun sudah UMNO menjadi pembangkang. Sudah pasti banyak perkara yang perlu kita teladani dan pelajari dari PAS sebagai sebuah parti pembangkang yang lama dan konsisten di dalam gerakkerja mereka. Perkara yang baik wajar dicontohi dan diteladani. Bukan sekadar Jabatan Amal Malaysia, malahan usaha mereka menggerakkan PASTI, SRITI, SMITI, ARC dan banyak lagi inisiatif sepatutnya kita contohi. Inilah antara wadah yang banyak menyalurkan maklumat parti dan wujudnya engagement yang berterusan dengan masyarakat. UMNO sedang berinovasi dan berubah. Kita ada ahli yang ramai, kita ada kemudahan untuk diguna pakai, kita masih ada sedikit sumber untuk menjalankan aktiviti parti, jadi Skuad Sabil inilah antara usaha kepimpinan tertinggi UMNO untuk membawa UMNO kembali kuat dan dekat dengan rakyat.

▶ PENGGERAK PENYATUAN UMMAH
Skuad Sabil hakikatnya lahir bukanlah untuk bersaing dengan Jabatan Amal Malaysia. Jauh sekali untuk menandingi mereka yang telah tertubuh semenjak 1991. Lahirnya kami atas kesedaran untuk sama-sama hidupkan usaha kebajikan, menggalakkan budaya kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda di samping sebagai satu wadah bermanfaat untuk disertai agar anak-anak muda tidak terlibat dengan aktivti-aktivti yang tidak sihat. Tambahan pula, apabila UMNO dan PAS kedua-duanya berada di dalam blok yang sama, sudah pasti akan wujudkan satu kerjasama dan sinergi baru yang akhirnya dapat memperkukuhkan lagi usaha penyatuan ummah yang sedang direncanakan.

▶️ PERKASAKAN KERJASAMA
Seharusnya, usaha ini kita raikan bersama dan perkuatkan agar agenda utama kita dapat dijayakan dengan lebih berkesan. Apabila badan beruniform Skuad Sabil dan Jabatan Amal Malaysia ini kita perkasakan, In shaa Allah, kita akan dapat menarik lebih ramai anak-anak muda bahkan generasi 18-21 tahun, bakal pengundi-pengundi baru untuk bersama-sama menjelang PRU-15 nanti.

AFIF FARHI OTHMAN
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
SASARAN KELATEDAILY 2017
- RADIO ONLINE, TVONLINE,
BANTUAN KEPADA YG MENERIMA,
PENGURUSAN KELATEDAILY
- SUMBANGAN DIPERLUKAN -
BOLEH DISALURKAN MENGUNAKAN
AKAUN PAYPAL - kelatedaily@gmail.com -
Akaun Admin - BIMB - 08086010034971- QM Rich